HomeIsu tempatanRebut peluang, jana pendapatan guna hasil produk tempatan - Azizah

Rebut peluang, jana pendapatan guna hasil produk tempatan – Azizah

Read Time:2 Minute, 30 Second

KOTA BELUD: Para usahawan dan peniaga tempatan disaran untuk menjadikan keluaran produk tempatan sebagai tarikan utama dalam perniagaan dan menjana ekonomi keluarga.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, para usahawan mahupun peniaga tempatan diseru supaya merebut peluang untuk tingkatkan pendapatan, ekonomi diri dan keluarga, mereka juga boleh jana pendapatan dengan menggunakan produk-produk ‘signature’, iaitu sama ada produk-produk tempatan yang dihasilkan sendiri ataupun yang ada di kawasan sekitar kita.

“Misalnya di kawasan Kota Belud ini, banyak produk-produk yang tempatan Kota Belud yang laris dan sentiasa akan menjadi produk jualan yang mampu memberi sumber pendapatan lumayan kepada peniaga dan usahawan.

“Antaranya sambal ikan masin, ikan liking, kuih penjaram dan ada lagi produk bukan makanan seperti parang, hasil kraftangan dan seni serta kuda padi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Majlis Perasmian Program; Outreach Bina Niaga Luar Bandar di Dewan Mini Restoran Pencarian Bersama di sini, hari ini.

Menurut Azizah, usahawan dan peniaga tempatan khasnya di kawasan luar bandar perlu berani untuk mengambil peluang bagi menarik perhatian pengguna serta pembeli melalui teknologi.

“Walaupun kita usahawan dan peniaga yang berada di kawasan luar bandar, tetapi dengan adanya kelebihan teknologi dan perkembangan semasa saat ini, tidak mustahil jualan kita mampu menembusi pasaran luar.

“Usahawan di Kota Belud boleh jadikan platform dalam talian sebagai satu cabang untuk meluaskan perniagaan, membuat promosi perniagaan dengan lebih giat lagi, pasti hasilnya juga sangat menguntungkan dan berbaloi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Azizah turut memberitahu bahawa pihak MARA juga sudah mengenalpasti permasalahan utama yang dihadapi oleh usahawan setempat.

“Kita dapati usahawan tempatan kita ada produk yang bagus dan boleh dikomersialkan dan mengambil pendekatan ingin memajukan perniagaan usahawan tempatan melalui platform digital, MARA telah memperkenal program pendigitalan.

“Antaranya ialah Digitalbiz, program Bussiness Enrichment Standardization & Transformation (BEST), program PENJANA Bespoke dan PENJANA E-commerce yang akan membantu mengatasi masalah yang sudah dikenalpasti tersebut,” kata Azizah.

Selain itu, MARA turut komited dalam melahirkan usahawan tempatan mahir melalui program Ekosistem Keusahawanan MARA di seluruh negara.

“Di Sabah, kita ada ‘role model’ yang sudah berjaya dan beliau adalah dari Kota Belud, Norayati Karim yang merupakan pemilik Syarikat Arked Print yang menjalankan perniagaan pengiklanan dan pencetakana di premis MARA sejak tahun 2010 hingga kini.

“Beliau mendapat pembiayaan MARA sebanyak RM185,000 pada tahun 2015 dan seterusnya RM250,000 pada pertengahan tahun 2021.

“Beliau sangat aktif mengikuti kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan kini perniagaan yang beliau jalankan itu mampu menjana hasil pendapatan sebanyak RM300,000 setahun serta mempunyai enam pekerja mahir dan separuh mahir di syarikat beliau, syukur, inilah kejayaan yang kita sangat banggakan dan inginkan,” jelasnya.

Tambah Azizah, MARA Sabah telah memperuntukkan dana sebanyak RM 5 juta yang turut melibatkan 500 peserta untuk Program Penjana E-commerce.

“Daripada jumlah ini, MARA Sabah mensasarkan penglibatan 60 peratus usahawan wanita terutama usahawan wanita luar bandar, golongan B40 dan juga ibu tunggal yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran tentang E-commerce dan pemasaran digital bagi meningkatkan potensi dan pendapatan perniagaan mereka,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya