Loo Yie Bing mencatat penamat sebagai pemenang pingat emas untuk skuad renang Sabah pada hari terakhir pertandingan renang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Joel Evekly Jain berjaya menumpaskan Sharol Nizam Norsukeri dari Johor pada peringkat akhir tinju lelaki kategori bantam weight (51-4kg) untuk menamatkan kebuntuan pingat emas skuad tinju Sabah.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dan transformasi bagi memperkasakan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pertubuhan Peladang di setiap peringkat.
Skuad perahu layar Sabah menyerlah dengan merangkul dua pingat emas, lima perak dan satu gangsa di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 pada hari terakhir acara itu yang berlangsung di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi.
Bermula dengan paksaan daripada keluarga, graduan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) Muhammad Nazlie Yidin,23, kini mampu menarik nafas lega apabila usahanya sejak 10 tahun lalu berjaya membuahkan hasil yang membanggakan.
Pasangan Lai Wen Li dan Yee Xin Ying berjaya memenangi pingat perak acara bergu wanita hari ini untuk skuad skuasy Sabah yang menamatkan cabaran dengan satu pingat perak dan satu gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20.
Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Wilayah Sabah dan Labuan (KEPMAS) optimis untuk terus mara ke hadapan demi melindungi dan memperjuangkan hak serta kebajikan ahli-ahlinya.
GiatMARA Sabah melangkah setapak ke hadapan lagi dengan memperkenalkan kursus pengkhususan terbaru, Beverage Management yang ditawarkan di GiatMARA Sepanggar.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berhasrat untuk membangunkan sebuah Pusat Satelit MYFutureJobs di kampus utama Universiti Malaysia Sabah (UMS).