HomePolitikPRU15 : Wetrom sertai PKDM?

PRU15 : Wetrom sertai PKDM?

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Wetrom Bahanda yang sebelum ini keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipercayai menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM).

Ini susulan tular gambar beliau yang mengisi borang keahlian parti selain turut bergambar bersama Presiden PKDM Datuk Peter Anthony.

Sumber memaklumkan, Wetrom mengisi borang keahlian seterusnya menyertai PKDM di Kota Kinabalu semalam.

“Beliau (Wetrom) mengisi borang keahlian itu semalam di Kota Kinabalu bersama Datuk Peter,” menurut sumber.

Beliau sebelum ini dilaporkan mahu memberi sokongan kepada Parti Warisan (Warisan) dan mahu bertanding di Parlimen Kota Marudu berdepan penyandang Datuk Seri Maximus Ongkili.

Wetrom pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 menang dengan majoriti 3,363 dalam pertembungan enam penjuru menewaskan calon Warisan, Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah, Parti Cinta Sabah, Parti Liberal Demoktratik dan calon Bebas.

Beliau juga dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri selepas GRS membentuk kerajaan negeri.

PKDM merupakan antara parti yang mesra kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya