HomeIsu tempatanPRU15 : Penduduk Lahad Datu mahu pemimpin bertanggungjawab, utamakan rakyat

PRU15 : Penduduk Lahad Datu mahu pemimpin bertanggungjawab, utamakan rakyat

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh NUR ISTIQOMAH

LAHAD DATU : Penduduk khususnya di daerah ini mahu wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dan bertanggungjawab.

Ia termasuklah perlu ikhlas dalam melaksanakan amanah yang diberikan rakyat dalam membawa pembangunan selain menjaga kebajikan.

Tinjauan di sekitar Pasar Tani daerah Lahad Datu mendapati rata-rata peniaga mendambakan pemimpin yang telus dan bertanggungjawab dalam menunaikan amanah rakyat.

Bagi Norman Kasimin,60, sebagai seorang pengundi beliau berharap agar para pengundi tidak salah memilih pemimpin agar ianya dapat mencapai politik bersih selain dapat membawa pembangunan di daerah itu.

“Pertama sekali, jangan salah pilihlah jangan salah pilih calon, kita harus kenalpasti pemimpin yang betul-betul tulus dan ikhlas bekerja untuk rakyat agar tidak ada istilah pilih bulu. Selain itu, beliau mengharapkan politik yang lebih bersih agar dapat mencapai pembangunan di daerah Lahad Datu,” katanya.

Bagi Perma Sahid pula berharap agar pemimpin yang bakal menyandang kerusi parlimen itu adalah seorang yang berwibawa.

“Kita berharap pilihan raya akan datang semoga kita semua tidak salah pilih. Jangan orang bilang, anak kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan dan perkara ini amatlah mendukacitakan.

“Kita mahu agar mereka yang akan bakal kita pilih nanti lebih berwibawa, bertanggungjawab serta tahu apa yang mereka perlu buat untuk masyarakat secara amnya,” katanya.

Manakala bagi Harzima Musa pula mahu pemimpin di masa akan datang dapat menstabilkan semula keadaan ekonomi berikutan peningkatan harga barang sehingga menjejaskan pendapatan para peniaga.

“Kesemua harga barangan keperluan asas mengalami peningkatan harga barang terutamanya barangan bakeri seperti telur, susu, tepung dan ini belum termasuk kenaikan harga bahan basah seperti ayam dan daging.

“Semoga di masa akan datang kita mendapat calon yang bukan sahaja bebas rasuah tetapi dapat menstabilkan harga barangan keperluan dannmeningkatkan semula ekonomi daerah Lahad Datu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular