HomeUtamaPRU15: 5,134 pengundi bersatu hati sokong calon GRS Parlimen Ranau

PRU15: 5,134 pengundi bersatu hati sokong calon GRS Parlimen Ranau

Read Time:1 Minute, 39 Second

RANAU: Seramai 5,134 pengundi parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dari empat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kinapulidan (600 orang), PDM Marakau (1,092 orang), PDM Kilimu (2,642 orang) dan PDM Kandawayon (800 orang) bersatu hati memberi sokongan dan akan mengundi calon GRS Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin pada 19 November ini.

Kesediaan itu mereka luahkan ketika menghadiri majlis perjumpaan dan ramah mesra bersama calon GRS  di keempat-empat PDM masing-masing yang telah diadakan pada Ahad.

Jonathan dalam ucapannya pada majlis berasingan itu, berterima kasih atas kehadiran penduduk yang menyambut ketibaannya ke majlis tersebut dan bersedia memilih (mengundi) beliau pada 19 November kelak.

“Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana bersedia untuk memilih saya pada hari mengundi tidak lama lagi,” jelas Datuk Jonathan sambil menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat di Parlimen Ranau sekiranya beliau dipilih semula menerajui kepimpinan di Parlimen berkenaan.

Menurutnya, masih banyak lagi projek infastrukur terutama dalam aspek pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya yang sempurna, bekalan air bersih, liputan Internet yang lebih luas dan banyak lagi yang kini belum dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Sabah khususnya di daerah Ranau.

“Sasaran nikita ialah pembangunan mapan yang terbaik dapat dilaksanakan secara berterusan di daerah Ranau membolehkan rakyat dapat menikmati arus pembangunan yang lebih baik setanding dengan apa yang dinikmati mereka  di Semenanjung Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya kita bersatu menerusi GRS agar para pemimpin di Sabah dapat bersatu dalam satu perjuangan bersama dan tidak lagi secara berasingan yang agak rapuh dan tidak menampakkan suatu hasil kesatuan yang lebih mantap dan kuat bagi menuntut hak-hak negeri Sabah seperti yang terkandung dalam MA63.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir,  Ketua Parti Maju Sabah (SAPP) Ranau,  Japiril Suhaimin, Ketua UMNO bahagian Ranau, Datuk Abidin Sahat.

Sementara pada hari esok (14 Nov) program Jelajah Mesra Calon GRS Parlimen Ranau Jonathan Yasin akan ke PDM Kemburungoh, PDM Tungou, dan PDM Kinarasan.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya