HomeUtamaPRU15 : Henti sebarang ugutan terhadap pengundi Beluran - Ronald

PRU15 : Henti sebarang ugutan terhadap pengundi Beluran – Ronald

Read Time:1 Minute, 52 Second

BELURAN : Kempen berbentuk ugutan terhadap pengundi Beluran bagi meraih sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini perlu dihentikan, demikian tegas Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Ronald, calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Beluran menggulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Bung Moktar Radin dipetik dalam sebuah akhbar nasional semalam pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Beluran, menyatakan bahawa mana-mana pemimpin dalam GRS dan BN yang melawan arus kerana menyokong calon parti lain perlu disingkirkan.

Ini termasuk ketua kampung, Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan penjawat kerajaan yang secara jelas menyokong calon lawan selain BN dan GRS.

“Bung Moktar tidak berhak untuk memaksa pengundi Beluran dengan ugutan untuk menyokong atau mengundi calon pilihannya pada PRU Ke-15 ini.

“Perbuatan Bung Moktar ini juga menggugat sistem demokrasi berparlimen dengan menyekat hak pengundi untuk memilih wakil rakyat secara rela hati tanpa sebarang paksaan dan ugutan.

“Dia (Bung Moktar) sepatutnya mengamalkan kempen secara sihat berlandaskan kepada undang-undang dan bukannya secara suka hati melanggari undang-undang pilihan raya seperti melakukan ugutan, paksaan dan sebagainya.

“Saya yakin rakyat Beluran akan bangkit menolak dan menentang taktik serta kempen kotor terdesak yang sedang dilakukan oleh Bung Moktar semata-mata untuk mempertahankan calon mereka di Parlimen Beluran,” tegas Ronald yang merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), pada Program Bersama Pengundi di Kampung Pinangkau Paitan, hari ini

Beliau percaya bahawa rakyat Beluran tidak akan dapat diperbodohkan dan akan membuat pilihan mereka dengan tepat pada PRU Ke-15 ini tanpa mengikut telunjuk orang luar kerana mereka ada hak menentukan wakil rakyat pilihan mereka.

Berhubung kenyataan Bung Moktar itu, Ronald berkata pihaknya akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disebabkan kenyataan tersebut dilihat berupa ugutan kepada pengundi Beluran pada PRU Ke-15 ini.

Ronald yang juga caretaker Menteri Pertanian dan Industri Makanan mempertahankan kerusi Parlimen Beluran pada PRU Ke-15 ini atas tiket PN.

Kerusi Parlimen Beluran menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon lain ialah Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (WARISAN), Hausing Samsudin @ Sudin (Pejuang) dan Felix Joseph Saang daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mewakili Pakatan Harapan.

PN bertanding di 170 kerusi Parlimen termasuk Parlimen Beluran dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU15 ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya