HomeIsu tempatanLelaki dibelasah curi syampu dan losyen tangan, langgar dua buah kenderaan

Lelaki dibelasah curi syampu dan losyen tangan, langgar dua buah kenderaan

Read Time:1 Minute, 52 Second

SEMPORNA: Tular video memaparkan seorang lelaki tempatan dibelasah teruk disyaki terlibat dalam kes kecurian barang di hypermarket Jalan Bugaya dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan (Supt) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, berkaitan kes kejadian tular di media sosial berdurasi 1 minit 36 saat itu, pada 29 Disember 2022 jam lebih kurang 1.21 petang tadi, satu laporan polis telah dibuat menyatakan pada 28 Disember 2022 jam lebih kurang 3 petang semalam semasa pengadu sedang bekerja di sebuah hypermarket Jalan Bugaya Semporna telah menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan kecurian barang dalam pasaraya tersebut.

“Menurut pengadu, semasa hendak menahan lelaki itu, lelaki itu telah cuba melarikan diri dengan menggunakan kenderaan jenis Proton Saga warna hitam.

“Selepas itu, beberapa orang pekerja pasaraya telah cuba menahan lelaki itu, tetapi suspek telah bertindak memandu kenderaan secara berbahaya dan telah melanggar dua buah kenderaan jenis Honda dan van yang diletakkan di hadapan pasaraya menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua kenderaan tersebut.

“Atas ihsan seorang yang baik hati telah membayar kerugian yang dialami dan kerosakan kenderaan yang terlibat. Suspek kemudiannya telah dilepaskan atas perbincangan antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Farhan, siasatan lanjut pihak polis, mendapati suspek berusia 40 tahun itu telah mencuri dua botol syampu dan satu unit losyen tangan bernilai RM126.

“Suspek mempunyai 11 rekod lampau iaitu dua kes jenayah dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, 380 Kanun Keseksaan dan sembilan rekod melibatkan kesalahan dadah. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini,” katanya.

Berkenaan insiden yang berlaku di pasaraya berkenaan, beliau berkata, pihak polis juga sedang mengesan saksi untuk diambil keterangan.

“Bagaimanapun, pada 29 Disember 2022 jam lebih kurang 4.50 petang, pihak polis telah berjaya menahan saspek untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan pemilik-pemilik pasaraya sekiranya berlaku kejadian kecurian untuk datang ke balai polis membuat laporan dan menyerahkan suspek serta barang yang dicuri kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh disalurkan kepada Insp Jamal Tampak di talian 013-2111667, Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya