HomeIsu tempatanPTA lancar Digital Tourist Fun Map Penampang

PTA lancar Digital Tourist Fun Map Penampang

Read Time:2 Minute, 30 Second

PENAMPANG: Persatuan Pelancongan Penampang (PTA) dengan kerjasama Pelancongan Malaysia (TM) melancarkan teknologi Augmented Reality (AR) dalam pelancongan, yang dikenali sebagai Digital Tourist Fun Map Penampang di Monsopiad Heritage Village, di sini, hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong bersama-sama Presiden PTA, Benjamin Golimbi dan Pengarah Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Sabah, Ednie Rahma Ab Rahim.

Benjamin selaku presiden PTA berkata, Digital Tourist Fun Map Penampang ini adalah satu kaedah informasi secara digital memudahkan pelawat-pelawat yang ingin berkunjung ke lokasi-lokasi menarik yang terdapat di daerah Penampang.

“Pengunjung ataupun pelancong luar dan tempatan hanya perlu scan (mengimbas) Fun Map yang disediakan untuk memudahkan mereka ke lokasi-lokasi yang ingin dilawati. Fun Map terdapat semua maklumat yang diperlukan oleh pengunjung,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran itu.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong mengucapkan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia Sabah atas kesungguhan membantu industri pelancongan di Penampang.

“Kami dari pihak Pejabat Daerah Penampang sentiasa menyokong program-program yang membawa kebaikan kepada para pengusaha pelancongan,” katanya.

Menurutnya, selain dari sektor perniagaan, perindustrian serta pertanian, industri pelancongan juga merupakan sumber ekonomi utama di Penampang, oleh itu penambahbaikan atau pemerkasaan industri haruslah diadakan secara berterusan.

“Kelebihan Penampang adalah dari segi kedudukannya yang terletak hanya kurang 10 minit perjalanan dari ibu negeri Sabah iaitu Bandaraya Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

“Kekuatan kedudukan Penampang ini memberikan peluang yang besar kepada pemain industri pelancongan untuk mengambil inisiatif berusaha menarik para pelancong untuk singgah ke Penampang sebelum ke tempat-tempat tapak pelancongan yang lebih jauh di daerah lain,” katanya.

Menurut Francis, Penampang mempunyai pelbagai tempat menarik antaranya sungai-sungai tagal, inap desa, kampung kebudayaan, muzium, zoo dan lain-lain.

“Program Homestay (Inap Desa) mempunyai daya tarikan tersendiri terutama dari aspek kebudayaan, warisan serta kedudukan sesebuah homestay.

“Trend pelancongan masa kini sama ada tempatan atau asing lebih memilih produk serta destinasi pelancongan berasaskan komuniti. Lebih ramai pelancong memilih untuk melihat alam semulajadi yang indah sekali gus merasai kehidupan serta budaya masyarakat di sesebuah tempat,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru kepada anak-anak belia terutamanya untuk berfikiran setapak ke hadapan lagi bahawa tempat kita ini, Penampang, peluang di dalam industri pelancongan masih terbuka luas.

“Ambil peluang, kita ada Penampang Tourism Association untuk membimbing anda semua,” katanya.

Sementara itu, Ednie Rahma turut mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Persatuan Pelancongan Penampang atas sahutan cabaran yang diambil untuk menjayakan projek Digital Tourist Fun Map untuk daerah
Penampang.

“PTA telah dipilih dan berjaya menyahut cabaran daripada Tourism Malaysia untuk menyiapkan projek Digital Tourist Fun Map untuk daerah Penampang ini secara efisien dalam masa yang singkat dan seterusnya mengubah dan menawarkan satu lagi platform baru kepada para pelancong (luar dan tempatan) dalam industri pelancongan di Penampang,” katanya.

“Sehubungan dengan itu, pihak Tourism Malaysia menyeru kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk melihat semula dan membangunkan produk pelancongan yang berpotensi di Penampang.

“Pihak Tourism Malaysia bersedia mendengar dan akan memberikan sokongan dalam keupayaan untuk membantu kelangsungan industri pelancongan di Penampang,” katanya .

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya