HomeEkonomiTabung Bantuan Kecemasan Koperasi dinaikkan sehingga RM2 juta tahun ini

Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi dinaikkan sehingga RM2 juta tahun ini

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA BELUD: Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK) akan dinaikkan sehingga RM2 juta pada tahun 2023.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, bantuan kecemasan kepada koperasi yang terjejas teruk akibat bencana itu akan disalurkan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Jumlah itu adalah pertambahan daripada jumlah asal peruntukan sebanyak RM1 juta.

“Oleh itu mana-mana koperasi yang terkesan dengan bencana alam boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan ini mulai tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang Kota Belud Berhad kali keempat, di sini, semalam.

Hadir sama Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Umar Sarim Saidin, Pengarah SKM Negeri Sabah Matias Kundapin dan Pengerusi Koperasi Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang Kota Belud Berhad Danial Sagun.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, SKM terus menyediakan pelbagai kemudahan seperti, geran bantuan pembangunan koperasi sehingga RM300,000 dan Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) sehingga RM30 juta.

“Saya difahamkan, Koperasi Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang Kota Belud Berhad ini juga turut menerima beberapa geran bantuan, antaranya Bantuan Program Pelan Pemulihan Ekonomi Koperasi (PULIH) Insentif Promosi Dan Pemasaran Sektor Ekonomi Utama (Pelancongan dan Penjagaan Diri) berjumlah RM8,000 bagi memperbaiki pondok rehat koperasi yang telah rosak akibat banjir.

“Bantuan Pembangunan Di Bawah Program Pengukuhan Koperasi (PPK) berjumlah RM100,000 bagi membiayai kos menaik taraf bangunan koperasi dan kini siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berharap bantuan itu dapat membantu koperasi membangunkan lagi aktiviti sedia ada dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya