Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap kampung digesa untuk sentiasa memantau dan mengenal pasti lokasi berisiko banjir khususnya di kawasan rendah.
Situasi banjir di Sabah meneruskan trend peningkatan apabila Beaufort menjadi daerah terbaharu merekodkan jumlah mangsa terjejas menjadikan seramai 690 orang ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi.
Semua tempahan berbayar membabitkan pendakian Gunung Kinabalu; bayaran masuk ke Taman Kinabalu dan Kolam Air Panas Poring sebelum 1 Januari lalu akan menggunakan kadar lama.
Seramai 56 orang mangsa banjir yang sebelum ini dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suasa Beaufort telah dipindahkan ke PPS Dewan Selagon petang tadi.
Beluran menjadi daerah terbaharu merekodkan jumlah mangsa terjejas banjir menjadikan seramai 628 orang mangsa ditempatkan di 14 buat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Luar Bandar atau Korporasi Pembangunan Desa (KPD) berkuat kuasa 19 Januari tahun ini. Beliau menggantikan Datuk Raimie Unggi.
Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Bengkel Semakan Semula Dasar Penyelidikan dan Inovasi selama dua hari di sini, baru-baru ini.
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terus giat mengkoordinasikan misi menguatkuasakan undang-undang di samping mengekang elemen jenayah rentas sempadan melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui pelaksanaan Operasi Bersepadu (OB).