HomeIsu tempatanEwon turun padang dengar keperluan, masalah usahawan Penampang

Ewon turun padang dengar keperluan, masalah usahawan Penampang

Read Time:1 Minute, 43 Second

Penampang: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluangkan masa sehari suntuk semalam bagi melawat dan menerima kunjungan daripada beberapa persatuan peniaga kawasan Penampang bagi mendengar keperluan dan permasalahan mereka.

Ahli Parlimen Penampang itu mulakan program turun padang di Kg.Divato dengan penyerahan sumbangan kerusi roda kepada adik Miracle Sitalu dan kemudiannya bersama agensi Tekun Nasional melawat premis usahawan Tekun di Kg.Kolopis.

Dalam lawatan di Kg.Kolopis, Ewon menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada usahawan Tekun, Donny Benjamin seperti yang diperlukan usahawan itu untuk pembelian mesin pemprosesan makanan.

Beliau kemudiannya menerima kunjungan daripada Persatuan Penampang Tourism Council, Peniaga Bundle Penampang, Indep, Persatuan Penampang Village Homestay dan Suara Digital Company.

Ewon berkata, kementeriannya mempunyai 10 agensi yang menawarkan pelbagai jenis bantuan pembiayaan, kursus latihan dan bimbingan keusahawanan untuk membantu golongan usahawan.

“Kesemua agensi itu memberi khidmat sokongan perniagaan kepada para usahawan, koperasi, penjaja dan dan peniaga kecil-kecilan dari segi pembiayaan atau latihan keusahawanan,” katanya.

Ewon berkata, selain pembangunan keusahawanan, keperluan pendidikan di kawasan Penampang juga sentiasa diberi perhatian.

Bagi tujuan itu, beliau menyampaikan sumbangan RM5,000 sebagai sokongan pelaksanaan aktiviti sempena cuti sekolah anjuran Perpustakaan Cawangan Penampang.

Antara aktiviti itu ialah ‘Movie Time and Popcorn’, Colour Your Mandala’ dan “Meet Your Favourite Character’ yang diadakan bermula 6 Mac lalu sehingga 17 Mac ini.

Kesemua aktiviti itu disertai kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun, remaja dan ibu bapa.

Ketua Cawangan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Penampang Veronica Vivian Estrop berkata, tujuan penganjuran aktiviti itu adalah untuk menarik minat orang ramai terutamanya warga Penampang datang dan berkunjung ke perpustakaan bukan sahaja meminjam dan membaca buku tetapi menjadikan perpustakaan sebagai satu tempat kunjungan utama orang awam.

“Aktiviti “Movie Time and Popcorn’ merupakan satu acara menonton wayang yang julung kali diadakan di perpustakaan ini.

“Kanak-kanak yang menyertai berpeluang menonton wayang secara bersantai, yang mana mereka akan duduk pada ‘bean beg’ sambil makan ‘popcorn’ yang disediakan seara percuma.

Namun demikian jumlah ‘bean beg’ yang terdapat di perpustakaan tidak dapat menampung jumlah penyertaan.

“Kami berterima kasih kepada Datuk Ewon atas sumbangan yang diberikan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya