HomeUtama694 KRT Sabah sertai Program Gerak Rahmah 2023 ‘Jom Masak Bubur Lambuk’

694 KRT Sabah sertai Program Gerak Rahmah 2023 ‘Jom Masak Bubur Lambuk’

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Sebanyak 694 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sabah menyertai Program Gerak Rahmah 2023 ‘Jom Masak Bubur Lambuk’ yang diadakan serentak di seluruh Malaysia pada hari ini.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya telah mengadakan lawatan dua KRT kawasan Parlimen Putatan iaitu KRT Kampung Petagas dan KRT Taman Pantai Lok Kawi yang turut serta dalam program tersebut.

Shahelmey berkata, program yang diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim komuniti setempat.

“Saya difahamkan di Sabah 694 KRT yang menyertai dalam program ‘Jom Masak Bubur Lambuk’ secara serentak seluruh negara bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat.

“Di Taman Pantai Lok Kawi ini kita dapat lihat wajah-wajah yang ceria daripada ahli-ahli KRT yang menyediakan bubur lambuk dalam bulan Ramadan pada kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat bazar Ramadan di Taman Pantai Lok Kawi di sini, hari ini.

Shahelmey mengagihkan bubur lambuk yang disediakan oleh KRT Taman Pantai Lok Kawi kepada komuniti setempat petang tadi.

Shahelmey berkata, bubur lambuk yang telah siap, diagih-agihkan kepada komuniti setempat.

“Kita berharap dengan adanya program seperti ini semangat gotong-royong dan juga mengeratkan silaturrahim dikalangan komuniti itu dapat terus terjalin. Apabila ia terjalin ianya boleh diterjemahkan kepada perpaduan dikalangan komuniti, di daerah dan juga diperingkat negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahelmey turut berkesempatan melawat bazar-bazar Ramadan yang diadakan di kawasan Parlimen Putatan.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya