HomeIsu tempatanHasrat memeluk Islam selepas 7 tahun tercapai

Hasrat memeluk Islam selepas 7 tahun tercapai

Read Time:1 Minute, 48 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : “Ramadan pertama saya kali ini benar-benar mencabar namun saya cuba untuk bertahan sehingga waktu berbuka puasa,” kata Muhammad Iman Jakim Abdullah.

Pemuda berusia 19 tahun yang berasal dari Kanibongan Pitas itu memeluk agama Islam pada 22 Februari lalu selepas hampir tujuh tahun menyimpan hasrat tersebut.

Katanya, dia cuba untuk menyuarakan hasrat memeluk Islam pada usia 12 tahun namun menghadapi beberapa halangan khususnya daripada keluarga.

Muhammad Iman Jakim Abdullah.

“Saya tertarik dengan Islam kerana saya mahu mendekati seterusnya membaca kitab suci Al-Quran.  Pernah ketika masih sekolah rendah, saya pernah menyuarakan mahu masuk Islam tetapi ibu bapa tidak benarkan.

“Jadi saya ambil peluang di usia 19 tahun ini untuk memeluk agama Islam dan antara orang yang memberi hidayah kepada saya adalah kakak yang juga memeluk agama Islam,” katanya ketika ditemui di sini.

Iman berkata, peluang yang diberikan itu tidak akan disia-siakan dan akan mengambil peluang yang ada untuk belajar Al-Quran selain cuba untuk mendalami surah-surah yang pendek terlebih dahulu.

Pada hujung minggu, dia akan mengikuti kelas pembelajaran agama yang dilaksanakan Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) bertempat di Sekolah Agama Negeri (SAN) Kota Kinabalu.

Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga khususnya ibu bapa, Iman berkata, ibu bapanya kini telah menerima dengan hati terbuka selain beberapa orang adik beradiknya juga turut memeluk agama Islam.

“Penerimaan mereka (ibu bapa) setakat ini baik, sebab dari kalangan keluarga kami kebanyakkan sudah masuk Islam, cuma ibu bapa saya sahaja yang Kristian.

“Kebanyakan kawan-kawan ditempat kerja semua muslim tiada Kristian jadi disana juga peluang untuk saya mendekati Islam dengan rakan lain khususnya sembahyang, mengaji dan membaca Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu tunggal, Maisha Aulia Abdullah,32, berkata, Ramadan pertama bagi dirinya pada tahun ini dilihat sedikit berlainan kerana perlu melalui rutin baharu terutama ketika bangun sahur.

Maisha Aulia Abdullah

“Ramadan pertama selepas memeluk Islam beberapa bulan yang lalu ini bagi saya ianya dilihat sedikit berbeza kerana saya belum biasa untuk bangun awal terutama ketika sahur.

“Tapi rasa syukur saya masih boleh berpuasa penuh sehingga kini.  Bagi keluarga pula, mereka juga menerima dengan baik kerana abang saya juga seorang mualaf,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS raih penganugerahan sijil pematuhan SAGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular