HomeIsu tempatanPolis Bantuan SESB tahan dua individu curi kabel

Polis Bantuan SESB tahan dua individu curi kabel

Read Time:58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Dua lelaki disyaki cuba mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di sini berjaya ditahan sepasukan Polis Bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berkenaan telah ditahan berdekatan Condominium Bay 21, Jalan Tanjung Lipat semalam.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan kejadian kecurian kabel milik SESB yang berleluasa sejak kebelakangan ini, pihak kita menerusi Polis Bantuan SESB telah melancarkan operasi khas iaitu Operasi Kabel Elektrik.

“Intipan dan rondaan giat dilakukan pasukan Polis Bantuan SESB di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sering berlaku kejadian kecurian kabel milik SESB,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 20 anggota Polis Bantuan SESB yang diketuai Pengurus Kanan Jabatan Keselamatan dan Risikan, Aszman Jaiman terlibat di dalam operasi tersebut.

Idris berkata, pihaknya turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri kabel elektrik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh menghubungi SESB Careline melalui 15454, 088- 515000, Whatsapp 019- 852 5427 untuk sebarang aduan mengenai kegiatan yang mencurigakan dipepasangan milik SESB.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya