HomeSukanTABS B14 hampiri kejuaraan Liga Suparimau Siri 2

TABS B14 hampiri kejuaraan Liga Suparimau Siri 2

Read Time:1 Minute, 36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pasukan Tunas Akademi Bola Sepak (TABS) bawah 14 tahun (B14) semakin menghampiri kejuaraan bagi kategori umur bawah 14 tahun dalam Liga Suparimau siri kedua selepas menumpaskan pasukan Pengalat FC 2-1 di padang sintetik Kompleks Sukan Likas, di sini semalam.

Dengan kemenangan itu, TABS B14 mengutip 13 mata daripada lima perlawanan menduduki tangga teratas liga untuk memintas tiga pasukan lain.

Dengan berbaki satu lagi perlawanan pada minggu depan, pasukan itu tidak menghadapi kesukaran terus mengungguli takhta liga bagi muncul juara kategori umur tersebut.

Perlawanan semalam menyaksikan pasukan tersebut bangkit semula selepas ketinggalan 0-1 kepada Pengalat FC pada separuh masa pertama dan menghadapi cabaran untuk mendapatkan jaringan apabila lawan mereka cuba bermain secara bertahan.

Bagaimanapun dengan corak permainan terus memburu jaringan tanpa henti, akhirnya pemain-pemain TABS B14 memanfaatkan baki masa 10 minit di saingan separuh masa kedua untuk menghasilkan dua jaringan berturut-turut.

Keputusan lain; TABS B12 menewaskan Vipers 3-0 bagi kategori umur bawah 12 tahun, TABS A membelasah Vipers 10-5 bagi kategori bawah 10 tahun, TABS B mengalahkan Vipers 7-6 dan TABS B tewas kepada SK Likas 1-7.

Dalam kategori bawah 8 tahun; TABS A mengalahkan TABS B 8-3.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim ketika ditemui di sini, berkata pihaknya berpuas hati dengan prestasi pasukan yang dapat meneruskan momentum kemenangan minggu ini.

“Kita sentiasa mempunyai keyakinan bahawa pemain-pemain terlibat akan terus melakukan yang terbaik bagi pasukan masing-masing dengan adanya komitmen dan kesungguhan jurulatih yang menggalaskan tangungjawab yang diamanahkan.

“Tidak ada yang mustahil selagi wujudnya kerjasama dan keserasian di antara jurulatih dan semua pemain. Sebab itu, keyakinan kita sentiasa mengiringi mereka dalam menghadapi setiap perlawanan,” katanya.

Setakat ini, dua pasukan – TABS B12 dan TABS B16 sudah melayakkan diri ke perlawanan peringkat akhir Liga Suparimau di Kuala Lumpur selepas menjuarai Suparimau siri pertama awal tahun ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular