HomeSukanPemuda UMNO Beaufort muncul Naib Juara Piala Datuk Siti Aminah

Pemuda UMNO Beaufort muncul Naib Juara Piala Datuk Siti Aminah

Read Time:1 Minute, 36 Second

Beaufort : Pasukan Bola Sepak Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort muncul Naib Juara pada kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Ahli Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching di sini semalam.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Beaufort itu menyaksikan mereka tewas tipis 1-2 kepada pasukan Paurang FC.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam itu turut disertai sebanyak 32 pasukan bola sepak sekitar Parlimen Beaufort.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort, Ak.Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata, kejayaan itu diharap akan membawa lebih banyak peluang untuk para pemain berbakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, kejayaan itu juga merupakan satu permulaan yang baik bagi pasukan Pergerakan Pemuda UMNO yang baru saja dibentuk untuk melangkah lebih jauh ke hadapan bagi sebarang kejohanan bola sepak.

“Meskipun menduduki naib juara, namun kami berpuas hati dengan kejayaan ini dan ianya merupakan satu langkah dan percubaan yang terbaik.

“Sudah pasti kejayaan ini akan dapat memberi banyak peluang kepada para pemain untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi” katanya.

Majlis penutupan kejohanan itu  disempurnakan Pegawai Khas Ahli Parlimen Beaufort Jaludin Kadir.

Kejohanan itu menyediakan hadiah berupa piala, medal dan wang tunai RM3,000 bagi johan; Naib juara medal dan wang tunai RM2,000 dan tempat ketiga medal dan wang tunai RM1,000 sementara tempat keempat wang tunai RM500.

Dalam pada itu, Ak Mohd Yazri aktiviti sukan seperti bola sepak antara pendekatan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort bagi mendekati golongan muda khususnya di kawasan tersebut.

Katanya, aktiviti seumpama itu juga akan dijadikan landasan untuk pihaknya mencari bakat-bakat muda dalam pelbagai program sukan seperti bola sepak, sepak takraw dan bola tampar untuk dicungkil bakat mereka dan diketengahkan ke peringkat yang sewajarnya.

“Kita merancang dan laksanakan pelbagai program sukan ke peringkat akar umbi selain menyalurkan bantuan peralatan sukan seperti bola dan sebagainya.

“Ini adalah bagi memberikan galakan kepada anak muda terlibat dengan aktiviti riadah dan menjauhkan mereka dengan ancaman gejala sosial,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya