HomeIsu tempatanUMS komited martabat bidang sains dan teknologi

UMS komited martabat bidang sains dan teknologi

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited untuk memartabatkan bidang sains dan teknologi melalui pelbagai inisiatif, selari dengan kehendak kerajaan dalam memperkasakan kemahiran untuk mendepani Revolusi Industri 4.0.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kerajaan sentiasa meneruskan komitmennya untuk memajukan bidang sains dan teknologi negara dengan menyediakan pelbagai dana penyelidikan dan pembangunan yang berpatutan.

“Justeru itu, pelbagai program dianjurkan yang lebih berfokuskan kepada mendepani cabaran dan transformasi IR4.0 seperti Karnival Sains, Minggu Sains Negara dan World Space Week di peringkat UMS.

“Ini dengan harapan mampu memupuk minat para pelajar dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan sains dan teknologi, selain mahu menarik minat masyarakat luar, khususnya pelajar-pelajar sekolah yang bakal menjadi pelajar universiti sama ada di UMS mahupun di universiti serata Malaysia,” katanya.

Kasim berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian Majlis Graduasi Asasi UMS Kali Ke-11 di Dewan Resital, UMS di sini baru -baru ini.

Beliau juga percaya melalui penambahan graduan jurusan sains dan teknologi daripada Asasi Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS, aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju yang menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan sains dalam setiap dimensi kehidupan akan mampu tercapai.

“Oleh yang demikian, saya menyeru kepada para pelajar agar terus menanam minat terhadap bidang sains dan teknologi serta bertekad dan bersemangat menjadi sebahagian daripada nadi penggerak ke arah mencapai matlamat negara.

“Buktikan kepada dunia bahawa para pelajar juga merupakan antara penyumbang kepada kemajuan bidang sains dan teknologi bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

“Teruskanlah menyemai cita-cita murni, berusaha lebih keras, tanpa mengira penat lelah demi memastikan kejayaan terus dikecapi hingga peringkat tertinggi,” katanya.

Pada majlis tersebut, Kasim menyempurnakan penganugerahan Sijil Asasi Sains kepada 304 orang pelajar dan Sijil Asasi Teknologi Maklumat kepada 49 orang pelajar.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof dan Pengarah PPST UMS, ChM. Dr. Newati Wid.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pameran Petak Pertama langkah permulaan Alumni ASTiF UMS dalam industri seni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya