HomeUtamaDavid Chan dilantik Pengerusi YPNM Sabah

David Chan dilantik Pengerusi YPNM Sabah

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) telah mengumumkan pelantikan David Chan sebagai Pengerusi YPNM Sabah berkuat kuasa 10 Jun 2024.

Sebelum ini David Chan adalah merupakan Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah.

David turut mengucapkan terima kasih kepada YPNM kerana telah melantik dan memberi kepercayaan penuh kepadanya untuk menerajui sebagai Pengerusi Negeri Sabah yang baharu.

“YPNM didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Visi kami adalah untuk melindungi kepentingan hak-hak pengguna Sabah dan bekerjasama dengan semua jabatan agensi kerajaan negeri, persekutuan dan dan sektor swasta di Sabah.

“Kerjasama antara Sabah dan persekutuan adalah untuk menangani isu-isu kepenggunaan dalam memberi manfaat yang besar kepada pengguna-pengguna di negeri ini,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas David, selaku Pengerusi YPNM Sabah baharu, beliau menyokong penuh penstrukturan semula subsidi minyak diesel, dalam pada yang sama, YPNM Sabah juga turut mengucapkan kasih kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Diri Malaysia, Datuk Armizan Mohd Ali dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meneruskan pemberian subsidi diesel untuk wilayah Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kerana landskap Sabah yang begitu luas dengan jalan berbukit dan tidak menentu, terpaksa menggunakan kenderaan pacuan 4 roda dan sudah tentu penggunaan minyak diesel yang banyak, termasuk bot-bot besar dan kecil untuk menghubungkan kawasan pedalaman Sabah.

Sementara itu, David meminta pihak berkuasa sentiasa memantau sebarang ketirisan minyak diesel bersubsidi yang diberikan kepada semua pengguna di Sabah supaya semua pengguna Sabah boleh menikmati pemberian subsidi daripada keprihatinan Perdana Menteri Malaysia.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meminta syarikat pengangkutan awam dan barangan yang layak tetapi belum memohon kelulusan subsidi diesel untuk segera berbuat demikian.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali turut meminta syarikat berkenaan yang telah memperoleh kelulusan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) tetapi belum menerima fleet card daripada syarikat minyak dikehendaki menyimpan resit pembelian bahan api.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular