HomeUtamaPemotong rumput maut dihempap pokok

Pemotong rumput maut dihempap pokok

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja lelaki maut dihempap pokok ketika sedang memotong rumput di kawasan berhampiran sekolah, Jalan Tebobon, di sini pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.08 pagi, hari ini.

Katanya, mangsa berumur 35 tahun itu dilaporkan dihempap pokok tumbang dan tersepit semasa menjalankan aktiviti memotong rumput di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba bertindak memotong dahan-dahan pokok tersebut menggunakan gergaji berantai dan dialihkan ke tempat lain dan mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian pada jam 9.52 pagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Demonstrasi tindakan tidak matang, guna saluran betul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular