HomeUtamaSabah terus cari inisiatif tambah tenaga pengajar di SAN

Sabah terus cari inisiatif tambah tenaga pengajar di SAN

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Sabah terus melaksanakan pelbagai inisiatif selain mengenal pasti isu kekurangan tenaga pengajar khususnya di Sekolah Agama Negeri (SAN).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pada tahun ini akan turut menambah jumlah tenaga pengajar bagi memenuhi keperluan.

“Pada tahun ini ada 65 orang lagi penambahan dan sekarang ini dalam proses temuduga.  Manakala pada tahun lepas juga ada kenaikan pangkat.

Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif

“Kita akan kenal pasti kekurangan yang diperlukan disamping bahagian zakat dan fitrah juga ada membantu 100 lebih orang guru yang dibayar melalui zakat dan fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Har Guru JHEAINS peringkat negeri Sabah di Dewan Saadah MUIS di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JHEAINS Jumain Abdul Ghani.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, pihaknya melalui Pejabat Tugas-Tugas Khas (PTTK) akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM60,000 kepada enam bahagian JHEIANS di seluruh Sabah.

“Saya juga tadi turut mengumumkan bahawa kita akan memberikan peruntukan setiap bahagian untuk kegiatan sekolah sebanyak RM10,000 dan kita ada enam bahagian maknanya semua RM60,000.

“Ini dari PTTK kemudian kita akan mencari jalan dimana akan turut membantu guru-guru atau sekolah-sekolah dari sudut keperluan mereka, misalnya dari sudut komputer dan beberapa lain peralatan lain,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular