HomeUtamaKPKM ambil langkah tambah baik insentif pembajakan, perkenal insentif penuaian

KPKM ambil langkah tambah baik insentif pembajakan, perkenal insentif penuaian

Read Time:57 Second

Putrajaya : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil langkah menambah baik kadar insentif pembajakan selain memperkenalkan insentif penuaian.

KPKM dalam satu kenyataan memaklumkan, atas dasar itu kadar insentif pembajakan telah dinaikkan dan insentif penuaian diperkenalkan pada 27 Mei lalu.

Melalui kedua-dua insentif itu, pesawah akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim.

“KPKM telah mengambil langkah menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 per hektar per musim.

“KPKM juga turut memperkenalkan insentif baru iaitu insentif penuaian pada kadar RM50 per hektar per musim.

“Menerusi kenaikan kadar ini, hampir 130,000 orang pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan insentif pembajakan dan insentif penuaian sebanyak RM210 per hektar per musim,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pada 27 Mei, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) termasuklah kategori Budi Agri-Komoditi kepada petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan.

Manakala, KPKM pula melalui siaran medianya pada tarikh yang sama telah memaklumkan bahawa subsidi diesel kepada nelayan dikekalkan dan mengumumkan kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif baru penuaian kepada pesawah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular