HomeIsu tempatanKeluarga rayu orang ramai bantu derma darah untuk Nur Atiqah

Keluarga rayu orang ramai bantu derma darah untuk Nur Atiqah

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Pihak keluarga merayu orang ramai untuk tampil menderma darah bagi membantu Nur Atiqah Sabarudin, 29, dari Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud, yang kini dirawat di Wad General Medical 4, Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1), Kota Kinabalu.

Menurut Hikmah Sabarudin, kakaknya Nur Atiqah telah disahkan menghidap penyakit Discoid SLE sembilan tahun lalu dan kini didiagnos dengan SLE yang melibatkan sistem darah, kulit, dan buah pinggang (cutaneous, hematological, dan nephritis involvement). Keadaannya memerlukan transfusi darah segera kerana paras hemoglobin (HB) yang rendah.

“Stok darah jenis B dan O di Tabung Darah QEH sangat terhad, dan kami memohon kepada sesiapa yang mempunyai jenis darah ini untuk segera tampil menderma darah bagi membantu kakak saya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sehubungan dengan itu, Hikmah berkata, penderma darah boleh hadir ke Tabung Darah QEH 1 pada waktu operasi iaitu hari Isnin hingga Jumaat, jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang

“Semua pendermaan hendaklah dilakukan atas nama pesakit Nur Atiqah binti Sabarudin,
Wad General Medical 4, Hospital Queen Elizabeth 1.

“Terima kasih kepada yang sudi menderma. Semoga diberkati dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Hanya Tuhan saja mampu membalasnya,” ujar Hikmah.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak hospital atau keluarga pesakit di talian 010-7719703 (Hikmah).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Mangsa terjejas banjir di Lumadan terima bakul makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular