HomeUtamaKekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat - TPM Fadillah

Kekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat – TPM Fadillah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Tuaran : Perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini perlu terus dikekalkan bagi mewujudkan persefahaman  antara rakyat dan kestabilan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia termasuklah dengan penganjuran majlis yang membolehkan rakyat bertemu.

“Dalam ucapan tadi, saya menyarankan peri pentingnya untuk kita kekalkan perpaduan di kalangan masyarakat dan salah satu cara ialah dengan majlis di mana rakyat boleh berjumpa.

“Di situlah akan wujud asimilasi dan dengan itu diharapkan akan ada persefahaman. Bila kita ada persefahaman, maka akan wujudlah rasa hormat menghormati dan kita sedar bahawa toleransi dalam kepelbagaian ini amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Surau Anjung Sri Wangi Kampung Roun di sini hari ini.

menghadiri Program Sabah Electricity bersama Komuniti, Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu 2025 di Dewan Seri Sulaman, di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Madius Tangau.

Fadillah berkata, toleransi dalam kepelbagaian itu perlu bagi memastikan keharmonian bukan saja dalam masyarakat tetapi dapat memastikan kestabilan negeri dan negara.

Katanya, sebagai sebuah negara membangun, amat penting untuk semua pihak memastikan kestabilan termasuk politik.

“Sebab dengan kestabilan itulah kita akan dapat fokus kepada mentadbir, mengurus negeri dan negara kita.

“Dan kita  akan dapat meningkatkan ekonomi  negara, dengan peningkatan itu  baru dapat membantu rakyat. Jadi itu yang saya kongsikan bersama tadi,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

511 kilogram sampah berjaya dikutip di pantai Tanjung Lipat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular