HomeUtamaJKKK, Ketua Kampung ambil tindakan segera bantu penduduk terjejas banjir

JKKK, Ketua Kampung ambil tindakan segera bantu penduduk terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 15 Second

Membakut : Semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung di daerah ini terutama yang terjejas dengan banjir diminta untuk mengambil tindakan segera untuk memindahkan penduduk terlibat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pemimpin setempat juga diminta untuk membuat penyelarasan maklumat lokasi banjir dan ketua isi rumah (KIR) yang terlibat kepada Pengerusi Jawatankusa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

“Saya meminta semua yang terlibat agar bersabar dan saya juga meminta JKKK dan ketua kampung yang terlibat agar terus berpindah dan meminta memberikan maklumat kepada jawatankuasa.

“Kita sentiasa bersedia untuk memindah mereka. Disamping itu ada beberapa buah sekolah yang saya lihat turut terjejas antanya Sekolah Kebangsaan (SK) Sinoko dan SK Bambangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut di sini semalam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, PPS yang dibuka petang semalam itu menyediakan sebanyak lebih 50 khemas untuk menempatkan penduduk yang terjejas banjir.

“Keadaan pada hari ini (semalam) terkawal dan semua mangsa yang dipindahkan dapat dikendalikan atau diselaras oleh jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh pegawai daerah Membakut.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Kebajikan, Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan beberapa agensi lain yang membantu menyelaras proses perpindahan mangsa,” katanya.

Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 160 orang mangsa melibatkan 53 keluarga yang terjejas banjir dipindahkan ke PPS Dewan SMK Membakut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Enam warga Filipina mangsa bot karam diserah semula ke negara jiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular