HomeUtama399 mangsa banjir masih berlindung di 7 PPS di Sabah

399 mangsa banjir masih berlindung di 7 PPS di Sabah

Read Time:37 Second

Kota Kinabalu : Mangsa terjejas banjir di dua daerah di Sabah yang berlindung di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada 399 orang setakat jam 12 tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu meningkat berbanding 397 orang yang direkodkan pada jam 8 pagi melibatkan daerah Telupid dan Paitan.

Di Telupid, seramai 340 orang mangsa melibatkan 100 keluarga dipindahkan ke lima buah PPS iaitu di Balai Raya Kampung Maau, Dewan Kampung Rancangan Nangoh, Dewan Kampung Bambangan, Masjid (Lama) Kampung Gana Jati dan Masjid Kampung Tembidong-Bidong.

Manakala di Paitan, seramai 59 orang mangsa melibatkan 20 keluarga turut dipindahkan ke dua PPS iaitu di Rumah Pengerusi Kampung Rancangan Cocos dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol – SABAH MEDIA / APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Belia pemangkin perubahan, pemacu kemajuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular