HomeUtamaCalon STPM redah arus deras banjir bersama bapa untuk duduki peperiksaan

Calon STPM redah arus deras banjir bersama bapa untuk duduki peperiksaan

Read Time:3 Minute, 15 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Beaufort : Seorang calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang terputus hubungan laluan akibat banjir di Kampung Jabang, di sini sejak Sabtu lalu terpaksa meredah arus Sungai Padas menggunakan bot selama dua jam untuk sampai ke Pekan Beaufort.

Calon STPM sesi 2023/2024, Maizatul Mazuin Awang Rosli,20, yang menduduki dua kertas peperiksaan iaitu Sejarah dan Sains Sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort 1 mengakui rasa takut apabila mengharungi arus deras sungai berkenaan selain menghadapi masalah enjin bot yang mati berulang kali.

Bapa Maizatul sebaik tiba di Pekan Beaufort

Katanya, dia bergerak dari rumahnya pada jam 6.40 pagi Isnin bersama bapa dan abangnya sebelum tiba di Pekan Beaufort kira-kira jam 9.15 pagi.

Sejurus tiba di Pekan Beaufort, bapa dan abangnya mengambil keputusan untuk menyewa bilik selama dua hari hari satu malam berikutan dia terpaksa menduduki peperiksaan selama dua hari sehingga Selasa.

“Kami menyewa bilik berdekatan dengan bot yang bapa saya letakkan agar dapat dipantau supaya tidak hanyut. Kami terpaksa menyewa dua hari kerana saya menduduki peperiksaan pada petang Isnin dan Selasa.  Sebaik selesai peperiksaan, kami bergegas untuk pulang agar selamat sampai di kampung sebelum cuaca gelap.

“Syukur alhamdulilah sewaktu balik iaitu petang Selasa, waktu itu banjir semakin surut dan bapa saya membawa perahu dengan lancar namun ada juga empat hingga lima kali berhenti sebab enjin menyangkut pada rumput kayu yang hanyut akibat banjir,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Anak kedua dari empat beradik itu turut mengakui bapanya, Awang Rosli Mataip,54, banyak berkorban untuk dirinya agar selamat sampai ke pekan seterusnya menduduki peperiksaan selama dua hari meskipun dalam keadaan banjir 

Maizatul berkata, bapanya telah berusaha untuk meminjam lori penduduk kampung bagi menghantarnya ke pekan namun gagal apabila laluan dari kampungnya sejauh 36 kilometer ke pekan tidak dapat dilalui akibat banjir.  Jika guna kenderaan, kami boleh sampai lebih kurang satu jam perjalanan.

“Selepas itu, bapa saya cuba untuk meminjam bot penduduk kampung yang lebih besar kerana banjir ini sangat bahaya untuk perahu kecil mahupun sederhana namun usaha itu turut gagal.

“Oleh kerana tiada pilihan lain, bapa saya mengambil inisiatif untuk bawa saya sendiri menggunaman bot kami berbekalkan jaket keselamatan dengan niat tawakal dan berserah kepada Allah semasa dalam perjalanan.

“Perasaan saya semestinya sangat takut, perasaan saya bercampur sepanjang perjalanan, pada malam sebelum perjalanan pada esoknya, saya sempat berkongsi perasaan saya dengan ibu saya. Saya katanya pada ibu saya takut lalu sungai takui apa-apa terjadi sewaktu perjalanan 

“Namun ibu saya kuatkan semangat saya dengan mengatakan, jangan takut kami mahu kakak berjaya, ibu dan bapa sanggup buat apa saja untuk kau kalau demi sesuatu yang berkaitan dengan kejayaan masa depan kamu, kau mesti akan menyesal kalau kau tidak duduk peperiksaan, percaya sama Allah, doa ibu sentiasa iring perjalanan kamu, jangan kau risau bapa kau itu hebat!,” katanya.

Atas dasar itu, Maizatul menjadikan kata-kata ibunya sebagai pembakar semangat untuk berani mengharungi arus sungai yang deras.

“Saya ingin mengubah hidup keluarga sya, saya ingin berjaya, saya bukan orang senang, kami tergolong dalam golongan B40. Saya ucapkan terima kasih kepada bapa saya kerana sanggup berkorban tenaga dan masa untuk menghantar saya bagi menduduki peperiksaan STPM, saya sangat bersyukur kerana ada yang sangat baik dan hebat.

“Saya doakan Allah sentiasa melindungi dan merahmati bapa, saya juga doakan agar Allah mengangkat darjat bapa, tidak lupa juga doa restu ibu saya yang sentiasa mengiringi perjalanan saya dalam pelajaran, terima kasih mama kerana sentiasa beri kata-kata semangat selama duduk STPM.

“Sebab STPM bukan satu peperiksaan yang mudah, tanpa usaha,sokongan,dorongan dan doa restu daripada orang tua kita pasti akan mendapat kejayaan. Saya ingin memberikan contoh yang baik buat adik saya dua orang.

“Tidak lupa kepada ahli keluarga yang lain sentiasa bertanya perkembangan kami semasa meredah sungai selain terima kasih juga kepada pihak sekolah yang turut prihatin kepada semua calon peperiksaan agar kami menduduki peperiksaan dengan baik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Geopark simbol komitmen terhadap kelestarian alam, komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular