HomeSukanILD Warrior juara Kejohanan Dart Terbuka Antabangsa Sabah

ILD Warrior juara Kejohanan Dart Terbuka Antabangsa Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Pasukan ILD Warrior berjaya mengungguli Kejohanan Dart Terbuka Antarabangsa 2025 bagi kategori ‘Premier Divison’ acara berpasukan yang berakhir di sini Ahad lalu.

Kejohanan yang diadakan selama tiga hari sempena sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Kota Kinabalu ke-25 itu berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Penganjur, Felix I. Malangkig.

Dengan kemenangan itu, pasukan ILD Warrior berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM8,000 dan naib johan dimenangi pasukan Met Darters yang membawa pulang hadiah RM3,000.

Manakala tempat ketiga kategori sama dimenangi pasukan Knight Dart Club (B) yang membawa pulang hadiah RM3,000.

Bagi kategori ‘2nd Division’ acara berpasukan dimenangi pasukan Binglu Legend ‘A’ yang membawa pulang hadiah RM1,000; naib johan Ligs HHD (RM500) dan ketiga dimenangi pasukan MOTD (RM500).

Sementara itu bagi kategori perseorangan lelaki dimenangi Tenoth A/L Sivalingam yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000; naib johan  Abdul Qaharukail (RM500) dan ketiga dimenangi Sylvester Jeffry (RM500)

Kategori perseorangan wanita dimenangi Daisy Jok yang membawa pulang hadiah wang tunai (RM1,000); naib johan dimenangi Delailah Obren (RM500) dan ketiga dimenangi  Abby (RM500).

Kejohanan itu berjaya menarik sekitar 700 orang peserta dari negara Brunei Darussalam, Semenanjung, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Sabah yang bersaing dalam kategori Berpasukan, Perseorangan Lelaki dan Perseorangan Wanita. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC tampil kelainan, fokus pemain tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular