HomeUtamaPerbicaraan kes 'Geng Upik' tangguh

Perbicaraan kes ‘Geng Upik’ tangguh

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes seorang lelaki yang didakwa sebagai anggota kumpulan jenayah terancang ke 5 Jun ini.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menangguhkan kes melibatkan Nelson Yen Yee Chung, 46, atas permintaan pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai hasrat Nelson untuk mengaku bersalah sekiranya pertuduhan alternatif dikenakan terhadapnya.

Pada masa ini, Nelson berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Pada 24 Februari lalu, mahkamah sama menolak permohonan Nelson untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya.

Nelson dan empat lagi tertuduh iaitu Datuk Maslan Sani, 41, Zulkahar Dusing, 38, Nelson Yen Yee Chung, 46, Rahman Burijin, 44, dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45, sepatutnya bermula hari ini.

Mereka merupakan antara 15 individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang antara tahun 2015 hingga 2023.

Namun, pada 18 Mac, empat daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setiap seorang. Seterusnya, pada 20 Mac, enam lagi dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setiap seorang selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif iaitu membantu kumpulan jenayah terancang.

Pertuduhan alternatif itu dibuat mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan dan ditawarkan oleh pihak pendakwaan selepas menerima surat representasi daripada mereka.

Nelson diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.

LINK BERITA TERDAHULU
https://sabahmedia.com/2025/05/16/bicara-kes-geng-upik-bermula-jun/

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/03/20/enam-individu-dipenjara-3-tahun-bantu-kumpulan-jenayah-terancang-geng-upik/

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/03/18/akun-salah-empat-ahli-geng-upik-dipenjara-tiga-tahun/

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular