HomeUtamaKerajaan telah buktikan keupayaan tadbir Sabah secara stabil dan berkesan - Abqaree

Kerajaan telah buktikan keupayaan tadbir Sabah secara stabil dan berkesan – Abqaree

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri telah membuktikan kemampuan dalam mentadbir negeri ini dengan lebih baik dan stabil serta berkesan.

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau Abqaree Fawwaz Abekan berkata, ini dibuktikan menerusi pelbagai inisiatif yang diperkenalkan untuk kebajikan rakyat di negeri Sabah.

“Selain itu pembukaan peluang pekerjaan dan keusahawanan, kemajuan infrastuktur luar bandar serta penambahan system pendidikan dan kesihatan turut dilaksanakan.

“Inilah Kerajaan yang bekerja, bukan sekadar berpolitik,” katanya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Serentak Sayap-Sayap Gagasan Rakyat Bahagian Darau di sini pada Ahad.

Persidangan serentak itu dirasmina Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Darau Datuk Mohamed Razali Razi.

Abqaree berkata, rakyat mula mempercayai kemampuan Kerajaan GRS Plus yang yakin Kerajaan sedia ada akan terus memimpin negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata, keahlian parti khususnya diakar umbi perlu terus diperkukuh selain mengembangkan pengaruh parti yang bukan sekadar penyokong namun turut menjadi denyut nadi parti.

“Kita kena pastikan parti ini menjadi pilihan di Kawasan ini. Kita harus menyantuni rakyat di Kawasan ini. Kita kena perjuangkan parti kita di kejiranan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular