HomeUtamaJahid Jahim nafi terima rasuah, pertimbang tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini

Jahid Jahim nafi terima rasuah, pertimbang tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Jahid Jahim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan dirinya berhubung isu perlombongan mineral seperti yang diterbitkan menerusi portal berita Malaysiakini pada 28 Jun lalu.

Jahid yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam satu kenyataan menyifatkan artikel Malaysiakini bertajuk ‘Lagi Kejutan Sabah: Skandal pelombongan selubungi STAR, pemimpin tertinggi PBS’ sebagai dakwaan yang tidak berasas.

Katanya, dakwaan yang ditulis portal terbabit kononnya beliau menerima rasuah sebanyak RM150,000 berkaitan skandal perlombongan adalah tidak benar sama sekali.

Beliau menegaskan tidak terbabit dalam sebarang skandal perlombongan seperti yang didakwa, selain tidak pernah menerima sebarang dana berkaitan kelulusan mahupun pemberian lesen perlombongan di Sabah.

“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, saya ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang lesen mencarigali atau lesen berkaitan perlombongan yang telah diluluskan atau dikeluarkan di kawasan saya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kementeriannya tidak mempunyai kuasa atau penglibatan dalam proses kelulusan lesen-lesen perlombongan di negeri ini.

Jahid turut meluahkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan media oleh pihak tertentu untuk mencipta naratif palsu berkaitan rasuah, sebelum sebarang siasatan rasmi dijalankan.

“Tindakan Malaysiakini dalam menyebarkan naratif palsu ini boleh dianggap sebagai melanggar undang-undang, kerana ia secara tidak langsung mengajak masyarakat menjatuhkan hukuman tanpa melalui proses perundangan yang sewajarnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Jahid menyatakan beliau menyokong kenyataan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang turut menafikan tuduhan serupa, sambil menyifatkan laporan-laporan media tersebut sebagai usaha terancang untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Kami melihat ini sebagai sebahagian daripada strategi lama ‘regime change’ yang sering digunakan di Sabah sejak tahun 1960-an,” katanya.

Jahid memaklumkan bahawa beliau kini sedang mendapatkan nasihat perundangan dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini serta dua penulis artikel berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular