HomeUtamaKempen kesedaran MCMR pacu transformasi hijau bandaraya Kota Kinabalu

Kempen kesedaran MCMR pacu transformasi hijau bandaraya Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran kempen kesedaran ‘My City, My Responsibility’ (MCMR) 1.0 berupaya mengukuhkan lagi budaya kebersihan, kelestarian dan tanggungjawab sivik dalam kalangan warga bandaraya Kota Kinabalu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, kempen itu dirangka berasaskan prinsip utama Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara serta diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Katanya, ia melibatkan aspek pengurangan penjanaan sisa, peningkatan kesedaran awam, pembangunan modal insan, dan pengoptimuman penggunaan sumber.

“MCMR 1.0 merupakan kesinambungan daripada inisiatif terdahulu, namun kali ini diperkukuh dengan pelibatan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai agensi, organisasi bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan, komuniti setempat serta sektor swasta.

“Sepanjang berlangsungnya program pada kali ini, kita telah menyaksikan pelaksanaan pelbagai aktiviti berimpak tinggi yang bukan sahaja menarik penglibatan pelbagai lapisan masyarakat, malah berjaya menyampaikan mesej penting berkaitan kepentingan penjagaan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kempen Kesedaran MCMR sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Robert Lipon.

Pelbagai program diadakan sepanjang kempen berkenaan dilaksanakan, antaranya KK Cleanup; Pocket Talk; Pertandingan Kitar Semula; dan Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula serta beberapa aktiviti lain.

Sabin berkata, kesemua inisiatif yang dilaksanakan adalah bukti nyata bahawa kejayaan dalam mewujudkan persekitaran bandaraya yang bersih, sihat dan Lestari.

Katnya, ia bukan sahaja terletak di bahu pihak berkuasa tempatan, tetapi merupakan hasil usaha kolektif semua pihak termasuk masyarakat, institusi, agensi dan sektor swasta.

“Maka, marilah kita terus menanamkan semangat “Bandar Milik Bersama, Tanggungjawab Bersama” dalam setiap tindakan dan keputusan kita sebagai warga kota,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular