HomeSukanSUKMA XXII : 16 pemanah Sabah galas cabaran bermula hari ini, sasar...

SUKMA XXII : 16 pemanah Sabah galas cabaran bermula hari ini, sasar bawa balik tiga emas

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Pasukan memanah Sabah mempertaruhkan seramai 16 atlet terbaik bagi menghadapi cabaran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dengan sasaran membawa pulang sekurang-kurangnya tiga pingat emas.

Pengurus pasukan, Kartini Kamis berkata, persiapan yang dilakukan sejak awal tahun memberikan keyakinan kepada pasukan untuk bersaing dengan atlet memanah negara dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Menurut beliau, Sabah akan beraksi dalam 14 kategori melibatkan acara recurve dan compound bagi lelaki serta wanita, sekali gus membuka peluang yang lebih luas untuk memburu kejayaan.

“Kami membawa seramai 16 atlet yang akan bersaing dalam 14 kategori. Sasaran pasukan adalah untuk memperoleh tiga pingat emas dan pada masa sama membantu kontinjen Sabah mencapai sasaran keseluruhan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, pasukan memanah Sabah juga mahu memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang mengimpikan empat pingat emas untuk kontinjen negeri pada temasya kali ini.

Katanya, kejayaan lalu menjadi motivasi utama buat atlet untuk tampil lebih cemerlang di Selangor selepas meraih pingat perak menerusi acara Compound Men Team Event pada SUKMA Sarawak 2024.

“Pencapaian itu membuktikan atlet Sabah mempunyai potensi besar. Kali ini kami datang dengan semangat dan keyakinan yang lebih tinggi untuk memperbaiki pencapaian tersebut,” katanya.

Saingan memanah akan bermula dengan pusingan kelayakan compound lelaki dan wanita sejauh 50 meter yang berlangsung di Stadium INSPEN hari ini.

Bagi acara compound lelaki, Sabah akan diwakili Chong Yao Jet, Hiew Ichin, Muhammad Irfan Sobrun dan Wong Yung Han Xavier, manakala kategori compound wanita menampilkan Catherine Looi Mei Qi, Deborah Umang Weslley, Raihahtul Amani dan Syaza Amirah.

Selain acara individu, Sabah turut menaruh harapan tinggi dalam kategori berpasukan dan campuran yang dijangka menjadi medan terbaik untuk menambah kutipan pingat.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

AWCL : Sabah FA sedia hadapi cabaran tiga pasukan terbaik Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular