HomeUtamaDua bot ditahan, 40,000 batang rokok dan 600 liter petrol dirampas

Dua bot ditahan, 40,000 batang rokok dan 600 liter petrol dirampas

Read Time:1 Minute, 54 Second

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot serta merampas kira-kira 40,000 batang rokok tidak bercukai dan 600 liter petrol dalam operasi di perairan Felda Sahabat, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Zon Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, kedua-dua bot ditahan hasil maklumat risikan menerusi Op Sejahtera dan Op Tiris 4.0 di perairan selatan Tanjung Sinakut.

Pengarah Maritim Zon Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, kedua-dua bot ditahan hasil maklumat risikan menerusi Op Sejahtera dan Op Tiris 4.0 di perairan selatan Tanjung Sinakut.

Katanya, bot pertama ditahan pada Rabu, jam 8.26 pagi, diikuti bot kedua pada jam 9.14 pagi.

“Ketika bot ronda Maritim Malaysia menghampiri kedua-dua bot berkenaan, dua lelaki dewasa dari setiap bot bertindak terjun ke laut sebelum melarikan diri ke arah daratan,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kedua-dua bot masing-masing dilengkapi sebuah enjin pam sebagai enjin tambahan.

Pemeriksaan lanjut ke atas bot pertama menemukan 24 tong berisi petrol berkapasiti 25 liter setiap satu, dengan jumlah keseluruhan kira-kira 600 liter.

Sementara itu, pemeriksaan ke atas bot kedua menemukan empat peti rokok tidak bercukai mengandungi kira-kira 40,000 batang rokok jenama Astro, tujuh tong gas memasak serta 20 tong minyak berkapasiti 25 liter setiap satu yang kesemuanya didapati kosong.

Dzulfikhar berkata, kedua-dua bot dipercayai mempunyai peranan berbeza dalam kegiatan penyeludupan berkenaan.

Bot pertama yang membawa muatan petrol dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar bekalan itu ke negara jiran, manakala bot kedua yang membawa tong kosong dipercayai dalam persediaan untuk mengambil bekalan minyak sebelum diseludup dan dijual ke negara berkenaan.

“Nilai keseluruhan rampasan bagi kedua-dua kes dianggarkan berjumlah RM65,700.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, manakala kes membabitkan rokok tidak bercukai turut disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Kesemua bot dan barang rampasan dibawa ke Jeti Pos Maritim Felda Sahabat, Lahad Datu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Dzulfikhar menegaskan, Maritim Malaysia akan terus memperkukuh risikan, rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan serta penyelewengan barang kawalan di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kejadian mencurigakan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Lahad Datu menerusi WhatsApp di talian 016-930 5727 atau talian kecemasan 999.

RELATED ARTICLES
Utama

Pencerobohan Data Portal Oleh Ejen Open AI : Australia Persoal Kelewatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular