HomeUtamaKerjasama Sabah-India buka peluang baharu sektor pelancongan dan ekonomi

Kerjasama Sabah-India buka peluang baharu sektor pelancongan dan ekonomi

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama lebih erat antara Sabah dan India berpotensi membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan, pertukaran kebudayaan serta pembangunan ekonomi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, hubungan persahabatan antara Malaysia dan India perlu terus diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif kerjasama, khususnya dalam sektor pelancongan.

Katanya, usaha berkenaan bukan sahaja bertujuan meningkatkan kedatangan pelancong, malah turut memberi ruang kepada masyarakat kedua-dua negara untuk mengenali budaya serta warisan masing-masing.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan malam bagi meraikan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Somnath Ghosh bersama isterinya, Dr Anindita Ghosh, di Sutera Harbour Marina & Country Club, di sini.

Majlis itu diadakan sempena lawatan rasmi Somnath ke Sabah dari 4 hingga 7 November 2026.

Menurut Jafry, Sabah mengalu-alukan peluang untuk memperluas kerjasama dengan rakan dari India, terutama dalam aspek promosi destinasi, pertukaran kebudayaan dan pengukuhan hubungan antara rakyat.

Beliau berkata, sektor pelancongan memainkan peranan lebih luas daripada sekadar menarik kehadiran pengunjung kerana ia turut berupaya membina persahabatan, memupuk persefahaman budaya dan mewujudkan peluang ekonomi kepada komuniti tempatan.

“Pelancongan bukan sekadar menarik kedatangan pengunjung, tetapi juga membina persahabatan berkekalan, mempromosikan persefahaman budaya serta mewujudkan peluang ekonomi yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan,” katanya.

Jafry turut menyatakan harapan agar hubungan baik Sabah dan India dapat diterjemahkan kepada kerjasama bermakna yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, selaras dengan usaha negeri memperluas jaringan pelancongan antarabangsa menjelang Tahun Melawat Sabah 2027.

RELATED ARTICLES
Utama

Selangor Arah PBT Tutup Rumah Sembelihan Ayam Tanpa Lesen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular