HomeUtamaPerintah tahanan rumah Najib perlu dipatuhi - Istana Negara

Perintah tahanan rumah Najib perlu dipatuhi – Istana Negara

Read Time:56 Second

KUALA LUMPUR: Sebarang tindakan mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, disifatkan menjurus kepada perbuatan mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, perintah yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah itu telah diperkenankan selepas semua perkara berkaitan diteliti oleh Lembaga Pengampunan.

Baginda bertitah, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen Najib pada 18 September 2026 sebelum memberikan nasihat sewajarnya kepada Seri Paduka Baginda.

Menurut Baginda, keputusan berkenaan menetapkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.

Baginda menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat itu tidak mempunyai sebarang kekaburan dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kes lain yang dihadapi Najib.

Sehubungan itu, Baginda berpandangan tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran atau ketidakpastian berpanjangan berhubung pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.

Baginda turut mengingatkan bahawa kuasa pengampunan adalah prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Titah Baginda, pelaksanaan kuasa berkenaan perlu dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama Sabah-India buka peluang baharu sektor pelancongan dan ekonomi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular