HomeUtamaRibut petir, hujan lebat dan angin kencang landa beberapa kawasan di Sabah

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang landa beberapa kawasan di Sabah

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Sabah termasuk Kota Kinabalu dilaporkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di kawasan Pedalaman dan Pantai Barat Sabah.

Di kawasan Pedalaman, amaran melibatkan Beaufort, Membakut, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu.

Sementara itu, di kawasan Pantai Barat, ia melibatkan Papar, Penampang, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan dan Kota Belud.

Amaran berkenaan turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 7 malam, hari ini.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Menurut agensi itu, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan keadaan cuaca, terutama ketika melakukan aktiviti luar, selain mengambil langkah keselamatan sewajarnya sekiranya berlaku hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.

Amaran itu turut melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini berkaitan keadaan cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Remaja didakwa lakukan amang seksual terhadap adik kandung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular