HomeSukanBaki Tiga Pemain Import Sabah FC Dimuktamadkan Minggu Depan

Baki Tiga Pemain Import Sabah FC Dimuktamadkan Minggu Depan

Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC bakal memuktamadkan tiga lagi kouta pemain import dalam masa terdekat bagi membantu pasukan itu menghadapi saingan Liga Super 2022 yang akan bermula awal Mac depan.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, baki kouta pemain import itu dijangka akan berada di negeri ini selewat-lewatnya awal bulan hadapan.

“Pemain import akan hanya berada disini selewat-lewatnya awal bulan hadapan dan jika tidak silap saya ada beberapa slot lagi dan satu slot belum kita penuhkan.

“Namun kita harus tunggu sehingga minggu hadapan untuk saya menamakan pemain-pemain import kita.  Harapan kita sudah tentu memerlukan seorang penyerang atau dua dan seorang pemain di bahagian pertahanan ataupun tengah,” katanya.

Katanya, ketika ini pihaknya belum membuat sebarang keputusan mengenai siapa pemain import yang akan dipilih, namun tidak menafikan sudah mempunyai calon yang sedang dinilai.

Beliau berkata, calon terbabit termasuk seorang pemain berasal dari Amerika Syarikat, Romero Jason yang sedang menjalani percubaan selama seminggu di Sabah.

Katanya dalam sidang media selepas perlawanan persahabatan Sabah FC menentang Kinabalu Jaguar FC di Stadium Likas disini semalam.

Pada ketika ini, Sabah FC telah menyambung kontrak pemain import bagi kouta Asia iaitu Park Tae Su yang disambung kontrak bagi musim keempat selepas bermain cemerlang bersama pasukan itu selama tiga musim sebelum ini.

Selain itu, skuad kendalian Kim Swee turut mengikat kontrak pemain dari Indonesia bagi Kouta Asia Tenggara Saddil Ramdani.

Sementara itu, Kim Swee mengakui masih terdapat banyak kelemahan disesuatu bahagian dan memerlukan sedikit masa lagi untuk memastikan kombinasi pemain berada dalam tahap terbaik seperti yang dirancangkan sebelum saingan Liga Super bermula.

“Ini perlawanan pertama kita selepas sekian lama dan masih banyak lagi kekurangan, kombinasi dan palingg penting kecergasan pemain dapat kita perbaiki lagi.  Apa yang paling positif tiada kekejangan otot, pemain dapat berakhir permainan tanpa sebarang kecederaan.

“Namun saya cakap, keputusan tidak begitu baik tetapi ini yang kita perlu lakukan dalam pre season atau pra musim.” katanya.

Ketika ditanya penambahbaikan yang akan dilakukan, Kim Swee berkata, pasukannya masih mempunyai tujuh hinga lapan minggu lagi sebelum saingan bermula dan masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

“Kita hanya baru bersama selama tiga minggu, ada  yang dua minggu dan ada juga baru hadir.

Jadi sudah tentu memerlukan sedikit lagi masa, saya percaya selepas dua atau tiga minggu selepas ini, pemain akan bertambah baik dan kombinasi-kombinasi tertentu akan kita pastikan berjalan lancar seperti dirancang,” katanya.

Kim Swee berkata, beberapa perlawanan persahabatan lain dijangka akan diadakan sebelum bermula saingan Liga Super.

“Saya cuba untuk mendapatkan beberapa kelab lagi sebelum kita berakhir pra musim, mungkin sebanyak empat hingga lima perlawanan lagi sebelum kita bermain perlawanan pertama dalam saingan liga,” katanya.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular