HomeSukanPerlawanan Persahabatan Semarak Semangat Kesukanan

Perlawanan Persahabatan Semarak Semangat Kesukanan

Read Time:1 Minute, 4 Second

TAMPARULI: Aksi persahabatan Futsal mempertemukan pasukan TataQ Barambang dan Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Cawangan Kampung Molisau Tenghilan Ahad lalu menyaksikan keputusan berakhir seri 10-10.

Perlawanan yang diadakan itu merupakan inisiatif Pemuda PBS, bagi menyemarakkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.

TataQ Barambang turun dengan para pemain utama mereka yang datang dari beberapa kawasan, selain dari Kampung Molisau sendiri.

Manakala Pergerakan Pemuda PBS Cawangan Kampung Molisau pula menyaksikan kehadiran Ahli Jawatankuasa (AJK) mereka, termasuk ahli biasa.

Kapten pasukan TataQ Barambang, K. Alixto Akit, berkata, kebanyakan mereka bekerja setiap hari biasa, justeru, setiap hujung minggu merupakan masa mereka untuk bersukan, dan Futsal menjadi sukan pilihan mereka.

“Ramai belia sekarang tidak suka dengan permainan sukan fizikal, tidak peduli mengenai kesihatan mereka, dan lebih memilih untuk terperap di rumah bermain telefon atau permainan komputer,” katanya.

Pada program itu, beliau turut menyampaikan permohonan sumbangan jersi futsal sebanyak 20 pasang, daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim.

Permohonan tersebut disampaikan kepada Setiausaha Akhbar Kepada Menteri, yang juga Ketua Penerangan Pemuda PBS N.14 Tamparuli, Joanes Robert Johnny.

Untuk rekod, pasukan TataQ Barambang merupakan sebuah kelab bola sepak yang aktif menyertai pelbagai pertandingan sama ada Futsal atau bola sepak di daerah kecil Tamparuli.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya