HomeSukanSUKMA XX : Joel raih emas pertama skuad tinju Sabah

SUKMA XX : Joel raih emas pertama skuad tinju Sabah

Read Time:1 Minute, 7 Second

KUALA LUMPUR: Joel Evekly Jain berjaya menumpaskan Sharol Nizam Norsukeri dari Johor pada peringkat akhir tinju lelaki kategori bantam weight (51-4kg) untuk menamatkan kebuntuan pingat emas skuad tinju Sabah.

Sukan tinju yang berlangsung di Kompleks Futsal Malaysia Presint 18, Putrajaya itu menyaksikan Joel menang ketiga-tiga pusingan untuk emas pertama skuad tinju Sabah dan hanya menang gangsa menerusi Steve Yosores dalam kategori Light Flyweigt (46-48k).

Pertandingan tinju berlangsung sehingga hari terakhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 esok dengan tawaran enam lagi pingat emas.

Salah satu peringkat akhir tersebut melibatkan peserta Sabah, Erron Liaw Kok Sheng yang akan berhadapan dengan Mohamad Asuad Mohd Halim dari Pulau Pinang dalam kategori light middleweight (67-71kg).

Sambil itu, skuad pencak silat Sabah menang empat gangsa di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengumpul lima gangsa setakat jam 5 petang tadi.

Pemenang pingat gangsa itu terdiri daripada Awangku Tarmizal Tamin dalam kategori lelaki Kelas D (60-65kg), Muhammad Helmi Basrol (lelaki Kelas E 65-70kg), Mohd Shahrul Zecky Sulaiman (lelaki Kelas F 70-75kg) dan Riezlynn Edelya Edtasha Ahmad Rozi (wanita Kelas B 50-55kg).

Pingat gangsa pertama skuad pencak silat Sabah dimenangi Ramizah Gelit @ Abas gangsa dalam acara Jurus Tunggal Baku individu wanita.

Pertandingan pencak silat berlangsung sehingga lewat malam ini.

Sabah juga raih pingat gangsa menerusi pasukan bola tampar lelaki.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya