HomeUtamaInsentif Pengeluaran Getah Disember diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Insentif Pengeluaran Getah Disember diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Read Time:1 Minute, 12 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil diaktifkan bagi Disember 2022 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam kenyataan hari ini, harga purata peringkat ladang bagi ‘cup lump’ atau getah sekerap pada Disember 2022 berada pada RM2.30 sekilogram bagi Semenanjung, RM1.95 sekilogram bagi Sabah dan RM2.00 sekilogram bagi Sarawak.

Katanya IPG getah sekerap dan lateks teraktif bagi bulan tersebut di Semenanjung adalah pada kadar 20 sen sekilogram bagi 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) dan 40 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.

Di Sabah, ia berada pada kadar 55 sen sekilogram (50 peratus KGK) dan RM1.10 sekilogram (100 peratus KGK) manakala IPG di Sarawak, masing-masing pada 50 sen sekilogram (50 peratus KGK) dan RM1.00 sekilogram (100 peratus KGK).

Menurut LGM, IPG lateks teraktif pula adalah pada kadar 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.

Pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG berdasarkan pengeluaran Disember 2022 mulai 1 hingga 31 Jan 2022.

Mulai Januari 2019, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Sementara itu, IPG lateks akan teraktif apabila IPG getah sekerap teraktif. Kadar IPG lateks adalah tetap iaitu pada kadar 90 sen sekilogram lateks 100 peratus KGK. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri memperuntukan RM50.9 juta subsidi ICPT untuk pengguna elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular