HomeSukanAkademi SAFA diyakini mampu lahir,cungkil bakat baharu dalam bola sepak

Akademi SAFA diyakini mampu lahir,cungkil bakat baharu dalam bola sepak

Read Time:1 Minute, 43 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Akademi Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) diyakini mampu melahirkan dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena sukan itu di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, penglibatan ikon-ikon bola sepak di akademi itu juga mampu memberi motivasi kepada bakat-bakat muda untuk mengambil serius dan memberi komitmen kepada bola sepak.

“Pada hari ini saya melancarkan akademi bola sepak SAFA yang melibatkan tiga kategori iaitu bawah 12, 14 dan 16 tahun yang merupakan satu usaha daripada SAFA bagi membangunkan atau mencungkil serta mengetengahkan bakat-bakat pemain bola sepak yang ada di negeri ini.

“Dengan adanya sumbangan ikon-ikon bola sepak Sabah, saya percaya mereka ini nanti akan menjadi motivasi kepada bakat-bakat muda untuk mengambil serius kepada bola sepak apatah lagi, suka ini kini menjadi satu profesion yang boleh menjadi kerjaya yang lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Akademi Bola Sepak SAFA di Padang SAFA di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal SAFA berkata, akademi itu juga akan turut dilancarkan di peringkat zon secara berperingkat melibatkan lapan zon di seluruh negeri.

“Pada hari ini kita lancarkan di peringkat negeri yang mana pada hari ini para pelatih yang hadir adalah mewakili Zon Pantai Barat dan pada tahun ini akan turut dilancarkan secara berperingkat di lapan zon di negeri Sabah.

“Dengan pelancaran di seluruh lapan zon itu nanti maka kita akan dapat menjalankan satu program pembangunan bola sepak secara menyeluruh di negeri ini. 

“Justeru adalah menjadi harapan saya agar dapat melihat lebih ramai bakat-bakat mudah dapat diketengahkan melalui program yang dilaksanakan oleh akademi ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, selain mencungkil bakat-bakat muda dalam arena bola sepak, akademi ini juga bertujuan untuk melatih bekas-bekas pemain atau mereka yang berminat dalam bidang kejurulatihan serta pengurusan bola sepak.

“Ini juga merupakan satu potensi yang mana kita boleh mengetengahkan dan menghasilkan jurulatih-jurulatih yang bertauliah dan pengurus pasukan yang berpengalaman untuk dijadikan sebagai karier mereka pada masa hadapan kelak,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular