HomeIsu tempatanSeorang nelayan pesisir pantai dikhuatiri lemas

Seorang nelayan pesisir pantai dikhuatiri lemas

Read Time:1 Minute, 5 Second

Sandakan :  Seorang nelayan tempatan berusia 33 tahun dikhuatiri lemas selepas disyaki jatuh laut ketika memukat udang di perairan Pulau Berhala, semalam. 

Mangsa, Mohammad Saidin Salapudin dikatakan keluar dari jeti Pulau Berhala pada jam 6 pagi Jumaat dan sepatutnya pulang pada pukul 3 petang hari yang sama. 

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu mendapat aduan MERS 999 pada jam 4.55 petang semalam memaklumkan bot mangsa ditemui oleh penduduk kampung tanpa jurumudi disyaki jatuh laut dan hilang di perairan berhampiran. 

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Op Carilamat diaktifkan pada jam 6 petang semalam dengan sebuah bot Maritim Malaysia telah diaturgerak ke lokasi kejadian untuk membuat pengesahan dan melakukan pencarian awal mangsa. 

Katanya, pencarian hari kedua mangsa berkenaan pada hari ini diteruskan dengan keluasan pencarian 80 batu nautika persegi dari lokasi penemuan bot berkenaan. 

“Enam buah aset laut diaturgerak dengan jumlah kekuatan pasukan pencarian terdiri daripada 55 pegawai dan anggota dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata, Op carilamat telah ditangguhkan pada pukul 6.30 petang tadi dan akan bersambung semula pada pukul 7 pagi esok.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya