HomeSukan450 murid sekolah rendah seluruh Sabah jayakan Fiesta Kaamatan Grassroot Cup

450 murid sekolah rendah seluruh Sabah jayakan Fiesta Kaamatan Grassroot Cup

Read Time:54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang: Sebanyak 26 pasukan dengan 450 murid sekolah rendah di seluruh Sabah termasuk Labuan menjayakan Fiesta Kaamatan Grassroot Cup 2023, di Padang B, Kompleks Sukan Penampang, di sini, kelmarin.

Program sempena cuti sekolah anjuran Tubagu Football Academy (TFA) dengan kerjasama SAFA itu, disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.

Ewon berkata, program seumpama itu amat baik untuk mencungkil bakat muda dalam bidang sukan khususnya bolasepak.

“Saya berharap aktiviti kesukanan seperti ini diteruskan atau dijadikan sebagai acara tahunan bagi memberi peluang kepada lebih ramai murid sekolah menyertainya,” katanya.

Sementara itu Ketua jurulatih TFA Penampang Freddy Pamaas berkata, TFA Penampang memberi peluang kepada anak-anak muda seusia 6 hingga 14 tahun menyertai latihan bolasepak daripada jurulatih bertauliah.

“Penyertaan ini lebih memfokuskan kepada anak-anak berumur enam hingga 10 tahun sahaja tetapi mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun juga diberi peluang menyertai Akademi ini untuk menghadapi beberapa kejohanan Bawah Umur,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai Akademi TFA boleh hubungi Freddy (01153118578) atau Nico(0138671107). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya