HomeSukanPIP Brunei, TABS adakan perlawanan persahabatan

PIP Brunei, TABS adakan perlawanan persahabatan

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya akan mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan Projek Ikan Pusu (PIP) Brunei Darussallam selama dua hari bermula esok.

Perlawanan itu membabitkan pasukan bawah 12 tahun yang akan diadakan di padang TABS manakala pasukan bawah 15 tahun berlangsung di padang sintetik Kompleks Sukan Likas.

Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim, berkata perlawanan persahabatan  itu sempena kunjungan rombongan PIP, akademi bola sepak negara Brunei Darussallam ke Sabah.

Katanya, akademi tersebut telah menyatakan hasrat kepada TABS untuk mengadakan program perlawanan persahabatan itu dan mengalu-alukan kehadiran mereka.

“Kita memang mempunyai hubungan baik dengan PIP dan berharap melalui program seperti ini mampu mengeratkan lagi siratulrahim kedua-dua pihak,” katanya.

Menurut beliau, selain bertukar-tukar pengalaman dalam pembangunan bola sepak, ia juga memberi peluang kepada rombongan PIP untuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di negeri ini.

Ini merupakan kali kedua akademi bola sepak Brunei itu mengadakan program sedemikian dengan TABS SAFA Bandaraya.

Lokman berkata, program yang dijayakan kedua-dua pihak turut dimaklumkan dengan SAFA sebagai badan induk bola sepak negeri.

Beliau seterusnya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada SAFA Bandaraya Kota Kinabalu yang turut membantu melicinkan pengendalian program perlawanan persahabatan tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular