HomeIsu tempatanNDRC UMS, DPPC UTMKL teroka peluang kerjasama strategik dalam pengurusan becana alam...

NDRC UMS, DPPC UTMKL teroka peluang kerjasama strategik dalam pengurusan becana alam di Sabah

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), baru-baru ini.  

Pengarah DPPC, UTMKL, Dr. Khamarrul Azahari Razak yang mengetuai kunjungan tersebut berkata, sesi ini bertujuan meneroka persefahaman pintar antara pihak NDRC, UMS dan DPPC, UTMKL.

“Kunjungan hormat ini merupakan susulan daripada penglibatan NDRC sebagai rakan strategik dalam penganjuran bersama Program Minggu Sains dan Teknologi untuk Pengurangan Risiko Bencana dan Daya Tahan. 

“Kunjungan ini juga bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang pengurangan risiko bencana dan daya tahan serta memperkasa agenda pengurangan risiko bencana  negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus yang mempengerusikan perbincangan dalam kunjungan hormat ini menyambut baik hasrat DPPC untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam pengurusan bencana alam di Sabah. 

“NDRC yang telah ditubuhkan sejak tahun 2006 ini merupakan focal point untuk semua penyelidikan di UMS berkaitan dengan bencana alam di Sabah. 

“Diharapkan dengan adanya kerjasama seumpama ini akan dapat memberi peluang kerjasama yang lebih luas dalam bidang penyelidikan bencana.

“Oleh itu, kerjasama ini akan memantapkan lagi peranan serta penglibatan NDRC sebagai rakan strategik DPPC pada masa akan datang,” katanya 

Pusat ini merupakan pusat penyelidikan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti melibatkan pengurusan dan pengurangan risiko bencana melalui penyelidikan dan program kesedaran awam termasuklah Program Kesedaran CBDRM iaitu pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti di Sabah. 

Hadir sama dalam kunjungan hormat ini, Timbalan Pengarah MET Malaysia, Sabah, Dr. Chai Mui Fatt; Felo Penyelidik Utama NDRC, UMS; Prof. Madya Ts. Dr. Ejria Saleh; Felo Penyelidik Bersekutu NDRC, UMS, Dr. Janice Lynn Ayog dan Pegawai Penyelidik NDRC; Eldawaty Madran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular