HomeSukanKarnival bola sepak TABS selari dengan kolaborasi bersama Sabah FC

Karnival bola sepak TABS selari dengan kolaborasi bersama Sabah FC

Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya perlu mengadakan pertandingan berbentuk karnival bola sepak membabitkan pelatih-pelatihnya.

Naib Presiden 1 SAFA Datuk Alijus Sipil berkata, ia adalah selari dengan kolaborasi dengan kelab profesional, Sabah FC sebagai pematuhan syarat pelesenan dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Katanya, selain mengadakan sesi latihan hujung minggu program pembangunan bola sepak, karnival bola sepak dalam kalangan pelatih-pelatihnya sememangnya perlu diadakan.

“Ia penting sebagai pematuhan syarat pelesenan yang ditetapkan MFL, sebab itu TABS SAFA Bandaraya mempunyai memorandum persefahanan (MoU) dengan Sabah FC bagi tujuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan karnival bola sepak B10 dan B8 TABS di padang TABS SUKMA di sini semalam.

Alijus yang juga penasihat TABS SAFA Bandaraya berkata, penganjuran karnival sedemikian memberi ruang kepada pelatih-pelatih TABS untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dalam sesi latihan untuk pertandingan bola sepak sebenar.

Katanya, ia turut memberi ruang untuk menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih mesra dalam kalangan ahli jawatankuasa TABS, barisan jurulatih dengan para ibu bapa pelatih.

“Malah pemain kanak-kanak ini begitu seronok apabila mereka diberi peluang untuk beraksi dalam pertandingan sebenar melalui penganjuran karnival ini,” katanya.

Beliau juga mahu melihat TABS SAFA Bandaraya terus menjadi contoh dalam program pembangunan bola sepak dengan memberi bimbingan dan khidmat nasihat terhadap pemain-pemain muda bagi membolehkan mereka sentiasa berkembang dan mampu melangkah lebih jauh.

“Sebenarnya TABS telah berjaya melahirkan ramai pemain yang berbakat untuk mewakili pasukan Piala Belia, Piala Presiden dan skuad senior dan ini perlu diteruskan untuk memajukan sukan bola sepak,” katanya.

Sementara itu, pasukan “Liverpool” menjuarai kategori umur B10 karnival itu dengan menerima trofi dan medal disusuli pasukan “Real Madrid” menduduki naib juara dan menerima trofi dan medal. Tempat ketiga bersama dimenangi pasukan “Arsenal” dan “AC Milan”, kedua-duanya menerima medal.

Bagi kategori B8, pasukan “Manchester United” muncul juara dengan menerima trofi dan medal manakala naib juara dimenangi pasukan “Man City” yang menerima trofi dan medal, Tempat ketiga bersama dikongsi pasukan “Wolves” dan pasukan “Juventus” dengan menerima medal.

Pemain terbaik keseluruhan B10 dimenangi Aqil Mujib dan Qimi Asmady memenangi pemain keseluruhan terbaik B8. Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai.

Turut hadir Pengerusi TABS, Sulaiman Modh Noor, timbalannya, Lokman Sunggim, Ketua Pegawai Operasi (COO) Sabah FC, Sazwan Imran, Naib pengerusi TABS, S.A Ramlye, setiausaha TABS, Amsir Abdullah dan ketua jurulatih TABS, Ismail Tudiki. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular