HomeSukanBurhan Ajui Dilantik Pengendali Sementara Sabah FC Berkuatkuasa Serta Merta

Burhan Ajui Dilantik Pengendali Sementara Sabah FC Berkuatkuasa Serta Merta

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC mengambil keputusan drastik untuk merehatkan Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkuatkuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pengurusnya, Marzuki Nasir berkata, dalam tempoh itu, Penolong Jurulatih, Burhan Ajui akan menggalas tugas buat sementara waktu manakala Jelius Ating dilantik sebagai Penolong Pengurus Sabah FC yang baharu.

“Kita yakin pengalaman yang dimiliki kedua-dua mereka ketika bersama-sama pasukan bola sepak Sabah sejak 2017.

“Ini sudah tentu akan dapat membantu skuad badak dalam mengharungi baki perlawanan sekaligus terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Marzuki berkata, pihak pengurusan sangat kecewa dengan prestasi hambar Sabah FC selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir.

“Setakat ini semua kebajikan pemain serta pegawai pasukan sentiasa dijaga dan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan Sabah FC,” katanya.

Sabah FC berharap agar semua pihak khususnya penyokong sentiasa memberikan sokongan padu serta kepercayaan kepada pasukan sekaligus mengembalikan prestasi cemerlang mereka dalam tempoh terdekat.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya