HomeIsu tempatanMahu Lebih Ramai Generasi Muda Jejak Menara Gading

Mahu Lebih Ramai Generasi Muda Jejak Menara Gading

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA BELUD: Generasi muda perlu sentiasa memegang impian untuk melanjutkan pelajaran sehingga menara gading dan menjadi pelapis kejayaan kepada keluarga serta komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan berkata, anak-anak khususnya di luar bandar sentiasa mempunyai keinginan untuk mencipta kejayaan sekaligus mendapatkan pekerjaan yang baik dan membantu keluarga.

“Kita mempunyai ramai anak-anak yang bijak dan rajin.  Justeru itu, saya mahu semua ibu bapa dan guru untuk sentiasa menjadi pemkar semangat untuk kejayaan anak masing-masing.

“Selain itu juga, ibu bapa juga perlu sentiasa menyuntik motivasi yang positif kepada anak-anak kerana mereka adalah harapan kita, harapan bangsa yang kelak akan meneraju negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan yang menerima tawaran kemasukan ke universiti di sini kelmarin.

Fairuz yang juga Ketua ARMADA BERSATU Negeri Sabah turut menyampaikan sumbangan wang kepada 15 pelajar yang menerima kemasukan ke universiti tidak lama lagi.

“Saya sebagai ADUN di sini, tiada lain harapan saya, tentunya saya ingin anak-anak muda kita berjaya dan mengharumkan nama Pintasan, selain daripada membawa pembangunan dan membantu rakyat di sini.

“Saya amat bangga dengan anak-anak ini yang pastinya tidak lama lagi, akan berjaya dan menjadi contoh ikutan kepada generasi seterusnya, semoga adik-adik semua terus berjaya dengan cemerlang,”katanya.

Tambah Fairuz, beliau juga akan memberikan sumbangan berupa komputer riba untuk kegunaan kesemua anak-anak yang bakal melanjutkan pelajaran itu dalam masa terdekat.

“InsyaAllah, jika semua berjalan lancar, minggu hadapan, kita akan berikan adik-adik semua komputer riba, untuk kegunaan bagi menyiapkan tugasan di kampus, belajar dan untuk dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya harap dengan serba sedikit sumbangan dari saya ini, mampu memberi sinar kegembiraan dan semangat kepada adik-adik semua, belajar rajin-rajin, ingat ibu ayah dan insyaAllah, adik-adik pasti berjaya kelak,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular