HomeIsu tempatanMPWS Anjur Webinar Mendepani Cabaran Masa Kini

MPWS Anjur Webinar Mendepani Cabaran Masa Kini

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) menganjurkan webinar dalam usaha meningkatkan pengetahuan peserta dalam mendepani cabaran masa kini. 

Pengerusinya,  Datuk Dr Tarsiah TZ Taman berkata, webinar itu merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat sekaligus meningkatkan pengetahuan dalam menentukan kerjaya masa depan.

“Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam webinar ini akan menjadi nilai tambah kepada diri para peserta dan bersesuaian dengan kehendak semasa.

“Selain itu, panduan memasuki alam kerjaya adalah penting dalam persiapan menentukan hala tuju karier yang dipilih serta persediaan hadapi persaingan mendapatkan pekerjaan.

“Dengan perkongsian daripada penceramah jemputan, webinar ini mampu memberi manfaat dan impak positif buat para peserta,” katanya dalam ucapan secara maya di aplikasi Zoom, disini hari ini. 

Tambah beliau, webinar itu juga memberi pendedahan mengenai kemahiran teknikal yang diperlukan dalam menghadapi alam pekerjaan dan memahami perkara-perkara asas yang lain.

Untuk rekod, seramai 142 peserta menghadiri webinar anjuran Jawatankuasa Pendidikan MPWS itu, terdiri daripada ahli akademik, ibu bapa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pelajar dan orang awam.

Sementara itu, empat penceramah jemputan bagi webinar itu ialah Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA cawangan Sabah, Profesor Madya Dr. Imelda Albert Gisip, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abd Jamal Abd Malik, Pensyarah Kanan Jabatan Kepimpinan Teknologi dan Digital Institut Aminuddin Baki cawangan Sabah KPM, Valerie Sinti dan Pengerusi Persatuan Pemelihara Tradisi dan Budaya Wanita Pasok Momogun, Atin Belynda Buntot.

Turut hadir,  Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MPWS, Datin Malianah Ugau, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Haslina Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Wanita & Media MPWS, Kapitan ELiza Goh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular