Lori Treler Muatan PATI Ditahan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 1 Second

Seramai 28 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan dalam operasi Ops Serkap yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam sekatan jalan di kilometer 38 Jalan Lahad Datu, kelmarin.

Dalam operasi jam 9 malam itu, semua pati yang dipercayai cuba keluar dari negeri ini ditahan ketika menaiki sebuah lori treler hasil maklumat orang awam.

Pengarah JIM Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, berdasarkan maklumat awam, pasukan operasi JIM mengekori lori berkenaan bermula dari Jalan Asam Lahad Datu sehingga Sekatan Jalan Raya (SJR) Kilometer 38 Jalan Lahad Datu.

Katanya, pasukan penguatkuasa JIM yang mengejar lori berkenaan kemudiannya mendapatkan bantuan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkawal di sekatan jalan itu untuk menyekat perjalanan lori berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, lori berkenaan dipandu oleh seorang lelaki dipercayai warga tempatan manakala 28 lagi individu di dalamnya adalah warga asing.

Katanya, pasukan penguatkuasa JIM yang mengejar lori berkenaan kemudiannya mendapatkan bantuan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkawal di sekatan jalan itu untuk menyekat perjalanan lori berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, lori berkenaan dipandu oleh seorang lelaki dipercayai warga tempatan manakala 28 lagi individu di dalamnya adalah warga asing

“Semua 29 orang tahanan itu kemudiannya dibawa ke Pusat Kurantin Transit Dewan Tun Datu Haji Mustapa, Lahad Datu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dr Muhamad Sade berkata, semua pati yang ditahan membabitkan 16 lelaki dewasa, tiga wanita dan enam kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, seorang lagi lelaki bersama dua wanita pula ditahan selepas didapati pas tamat tempoh.

“Kes disiasat mengikut Sekysen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen yang sah dan Sekysen 15(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan sudah tamat tempoh pas.

“Manakala warganegara yang ditahan pula disiasat mengikut Sekysen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Sade berkata, objektif utama operasi itu dilaksanakan adalah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penyeludupan migran.

Katanya, JIM Negeri Sabah memberi amaran kepada warga asing supaya menyerah diri kepada JIM sekiranya melakukan sebarang kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Warganegara jni juga tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya terbabit dalam aktiviti berkenaan,” katanya.

Muhamad Sade berkata, orang ramai juga dinasihatkan supaya memberikan kerjasama dan melaporkan kepada pihak berkuasa khususnya jabatan ini sekiranya mendapati wujudnya aktiviti seumpama ini.

“Jabatan ini berterima kasih atas kesedaran rakyat yang semakin tinggi dalam memberikan maklumat kepada penyeludupan migran dan pemerdagangan orang di Negeri Sabah,” katanya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *